Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Wednesday, July 14, 2010

Perempuan Yang Sembahyang Jumaat

Oleh: AKHISALMAN

Sy sering ditanya pasal perempuan yg pergi solat jumaat; adakah dia perlu menunaikan solat zuhur pulak. INi jawapannya:

Hukum solat JUmaat bg wanita

Tidak ada khilaf bahawa perempuan tidak diwajibkan solat jumaat. Ibnu Munzir telah berkata dlm kitabnya (Ijmak):"Telah bersepakat semua ulama yg kami tahu; tidak wajib solat jumaat kpd wanita."Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w:

(الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة:عبد مملوك أو إمراءة أو صبي أو مريض
Maksudnya: Solat JUmaat adlh hak yg wajib bg setiap Muslim secara berjemaah melainkan 4 golongan: 1. HAmba sahaya. 2. Perempuan. 3. Budak yg tak balig. 4. Pesakit. (HR Abu Daud).

Perempuan yg pergi solat jumaat

Perempuan dibenarkan pergi solat jumaat, walaupun sembahyang dirumah lebih baik. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

( لاتمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن)
Maksudnya: Jangan kamu tegah isteri dan anak perempuan kamu untk solat di mAsjid; Solat di rumah lebih baik bg mereka.(HR Abu Daud)

JIka mereka hendak ke masjid hendaklah mereka dlm keadaan yg tidak menimbulkan fitnah seperti memakai wangian dan sebagainnya. Nabi bersabda:

( لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات)
Maksudnya: Janganlah kamu tegah wanita2 di bawah tanggunganmu ke Masjid; tetapi hendak mereka keluar dengan tak memakai wangian.(Bukhari dan Muslim)

Ke masjid pun tak leh wangi2 inikan ke tempat2 yg lain..wanita hendaklah tidak menjadikan diri mereka fitnah pd lelaki..Lelaki pula jnganlah cuba menimbulkan fitnah pd diri wanita...BERHATI2LAH PD TIPU DAYA NAFSU DAN SYAITAN...BANYAK2 BERSERAH PD ALLAH..

Adakah perlu melakukan solat Zuhur?

PErempuan yg sudah solat jumaat tidak perlu solat Zuhur. IBnu Munzir berkata:

Para ulama telah bersepakat mana2 wanita yg telah solat jumaat maka itu mencukupi bgnya (tidak perlu buat solat zuhur); kerana gugur solat jumaat adalah satu keringanan bg mereka. Jika mereka buat yg lebih susah maka ianya memadai seperti org yg sakit.

3 comments:

  1. Salam.. ustaz..
    boleh tanya.. Ibnu Munzir nie dari Mazhab mana? saya keliru ustaz.. sebab ada juga pendapat mengatakan bahawa jiwa seorang wanita itu solat jumaat, dia juga perlu solat zohor kerana solat jumaat tidak wajib tetapi zohor adalah wajib.
    mohon pencerahan dari ustaz. terima kasih.
    -pijat_rock@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. saya pun ade mendengar dan belajar semasa sekolah menengah dulu jika seorang muslimat itu menunaikan solat jumaat, dia masih perlu menunaikan solat zuhur kerana solat jumaat itu hanyalah sunat baginya.

    saya harap ustaz boleh tolong explainkan dengan lebih lanjut. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    dari apa yang saya dengan melalui radio IKIM.fm. Ada satu kisah pada zaman Nabi saw baginda ditanya oleh sahabat wanita baginda iaitu apakah mereka boleh mengerjakan solat jumaat seperti lelaki. Nabi menjawab, boleh. Meskipun solat jumaat wajib hanya kepada kaum lelaki. Bila mana wanita ingin mengerjakan solat jumaat maka mereka tidak lagi perlu mengerjakan solat zuhur. kerana mereka telah menunaikan solat jumaat. Dan bila wanita mengerjakan solat jumaat maka niatnya bertukar kepada Wajib./fardhu. iatu sahaja aku solat fardhu jumaat 2 rakaat mengikut imam kerana Allah taala.

    Sejak itu jika saya berkesempatan menunaikan solat jumaat saya pasti akan ke masjid dengan mempastikan syarat2 bagi seorang wanita yang ingin bersolat ke asjid saya penuhi/patuhi.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails