Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Friday, July 26, 2013

KISAH SEORANG LELAKI TIDAK PERNAH BERSELAWAT KEPADA RASULLAH S.A.W.

Selawat dulu..
اللهم صل علي محمد وعلي آل محمد وصحبه وسلم

Semoga Kita Mendapat Syafaat Di akhirat.. insyaAllah.. aamiin

Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)

Tuesday, July 16, 2013

3 DARJAT PUASA MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI


Oleh; Azam Nur B. Abd Halim

Khusus al-Khusus (terbaik)

Iaitu puasa dengan cara menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Di samping itu mengawal diri dari melakukan maksiat zahir dan batin.

Khusus (baik)

Iaitu puasa dengan cara menahan diri dari makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Di samping itu tidak melakukan maksiat zahir, tetapi maksiat batin masih dilakukannya.

Umum (yakni puasa yang dilakukan oleh orang awam boleh disifatkan sebagai "sederhana")
Iaitu puasa sekadar tidak makan dan minum serta menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa, tetapi anggota zahir dan batin tidak dikawal dari terlibat dengan maksiat.

Nota

Maksiat Zahir
Ialah maksiat yang dilakukan oleh mata, telinga, lidah, kaki dan sebagainya.

Maksiat Batin
Ialah maksiat yang dilakukan oleh hati, perasaan dan fikiran.

p/s; sama-samalah kita bermuhasabah diri, di Bulan Ramadhan yang penuh kerahmatan, keberkatan, keampunan ini semoga dijauhkan dari azab api neraka oleh-Nya. 

Insya Allah.

Saturday, July 13, 2013

Hikmah Dan Fadhilat Ibadah Puasa

Oleh; Azam Nur B. Abd Halim


jadwal-imsakiyah-ramadhan-2010-3.jpg

Puasa di Bulan Ramadhan adalah kewajipan yang sangat-sangat penting bagi individu Muslim dan Muslimah yang telah mencukupi syarat-syaratnya. Ibadah Puasa mempunyai beberapa  hikmah dan faedah yang sangat besar, antaranya:

Sebagai tanda syukur kepada Allah atas limpah nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga.

Mendidik nafsu dari Nafsu Ammarah (lebih banyak mangajak kepada kerosakkan) ke tahap  Nafsu Lauwamah (berhati-hati dan waspada pada memilih antara yang hak dengan yang batil, antara yang halal dengan yang haram dan antara yang indah dengan yang buruk). Dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi iaitu Nafsu Mutmainnah (tenang dan tenteram).

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka.

Membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya.

Mendidik Jiwa supaya  bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menepuh perjuangan hidup.

Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama dapat menimbulkan semangat persaudaraan.

Mengikis sifat keakuan (egoistic) dan sombong serta bangga diri dengan kelebihan-kelebihan yang ada sehingga menghina dan memandang rendah golongan yang yang lain.

Mendidik diri kearah mematuhi disiplin dan peraturan hidup serta dapat mengurus waktu dengan sebaik-baiknya.

Menghasilkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana banyak makan adalah punca penyakit. Sabda Rasulullah SAW:
"Perut besar itu adalah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit." Maka sebab itulah Baginda bersabda:
" Berpuasalah! Nescaya kamu akan sihat."

Memperoleh kecergasan akal fikiran, sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya:
" Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Thursday, July 11, 2013

13 KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. 

Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-


1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.

5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada
para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang
berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan
yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan
perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan
dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam
solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu
sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an,
padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah
(tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara
dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
Related Posts with Thumbnails