Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Tuesday, November 27, 2012

Memohon Keampunan


Oleh Azam Nur Abd Halim
munajat.jpg
 
"Wahai anak Adam! kiranya dosamu itu sejauh saujana mata memandang hingga ke langit kemudian engkau memohon ampun daripada-Ku, Aku ampunkan
 
    Dalam meniti hari-hari dan malam-malam mulia  di bulan Zulhijjah, maka sebaik- baiknya diambil kesempatan dan peluang keemasan yg diperolehi ini, dengan memohon taubat dan keampunan drp Allah Azza Wa Jalla, agar kesalahan-kesalahan lalu, baik disedari atau tidak, kiranya dihapuskan supaya jasad kerdil ini hendaknya bersih dan suci drp segala macam kekotoran yg jijik dan keji hingga mendapat kemurkaan Allah S.W.T
  
   Memohon taubat dan keampunan yg diseru oleh seseorang hamba itu merupakan amalan yg amat disukai  oleh Allah kerana Allah S.W.T  sungguh suka kpd hamba-Nya yg suka memohon dan memanjatkan doa keampunan selain memuji-muji dan membesarkan zat-Nya dan oleh kerana Allah  adalah Tuhan Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun dan sedia menjemput hamba-Nya masuk kedalam syurga maka itulah berulang kali menyeru hamba-Nya supaya beristiqhfar sebagaimana disebut didalam kitab suci Al-Quran antara, yang bermaksud;
 
   Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"(An-Nisa: 106): (Al-Baqarah: 199); (Al-Muzammil: 20); "Maka mohonlah  keampunan daripada-Nya kemudian bertaubatlah, sungguh Tuhanku amat dekat (rahmah-Nya) lagi memperkenan doa hamba-Nya" (Hud; 61)
 
  Sesudah  taubat dipohon dan keampunan diminta serta diperkenankan  maka Allah berjanji akan menganugerahi hamba-Nya dengan penempatan yg berkekalan di kampung akhirat yg terdapat di dlmnya, air sungai yg mengalir sebagai ganjaran atas ingatan dan kesudian hamba-Nya itu, menunduk dan merendahkan diri dengan penuh tawaduk dan tadharru' mohon taubat dan keampunan sebagaimana ayat yg berkaitan termaktub dalam surah Ali Imran: 236-136, yg bermaksud;
 
" Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganianyai diri sendiri (melakukan dosa), mereka ingat akan Allah, lalu mohon ampun terhadap dosa-dosa mereka; dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, ganjaran nya ialah keampunan daripada  Tuhan dan syurga yang di dalamnya  mengalir air sungai; mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik ganjaran  bagi orang yang beriman."
 
  Sebuah riwayat drp Anas R.A berkata," Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda Allah berfirman, " Wahai anak Adam! Sungguh apa yang engkau mohon dan rayu kepada-Ku, Aku perkenankan selagi mana engkau berterusan tanpa melupai-Ku; Wahai anak Adam! kiranya dosamu itu sejauh saujana mata memandang hingga ke langit kemudian engkau memohon ampun daripada-Ku , Aku ampunkan; Wahai anak Adam! kiranya engkau datang kepada-Ku dengan dosa yang memenuhi  bumi , dan engkau datang dengan tidak menyukutukan Aku dengan sesuatu apa pun maka Aku akan datangimu dengan penuh keampunan atas dosa seisi bumi itu."
 
   Kesimpulan, bermunajatlah selalu kepada Allah S.W.T dengan tawaduk dan tadharru' mohon dilimpahi maghfirah dan rahmah lebih-lebih lagi pada bulan Zulhijjah yang penuh kemulian ini. Mudah-mudahan  kesucian jiwa sesudah beristiqhfar akan menjadi baja yang menyubur  kerohanian hingga keimanan  dan ketaqwaan yang bertakhta di sudut hati, bertambah teguh, kukuh dan mantap demi meraih kecintaan dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Insya Allah, amin! 
Related Posts with Thumbnails