Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Tuesday, September 20, 2011

Ibadat solat didik budaya hidup berdisiplin, hargai masa



ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu ialah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa’, ayat 103)

Semua amal ibadat manusia disukai dan diterima oleh Allah. Ibadat adalah jambatan menghubungkan manusia dengan Penciptanya. Hasil pelaksanaan ibadat dapat meningkatkan darjat ketakwaan ke hadrat Allah di samping menggilap kualiti jiwa kemanusiaannya.

Semakin baik dan ikhlas ibadat seseorang Muslim, maka semakin dekat hatinya kepada Allah dan semakin baik hubungannya sesama manusia.

Petikan al-Quran: Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. – Surah al-Ankabut, Ayat 45

Untuk berhubung secara terus dengan Allah tidak memerlukan sebarang alat komunikasi canggih, memadailah seorang Muslim bermunajat pada bila-bila masa dan di mana juga melalui ibadat solat. Solat itu tiang agama dan kemuncak nilai atau etika kehidupan Muslim.

Rasulullah menganjurkan umatnya melaksanakan ibadat solat tepat pada waktunya. Baginda SAW pernah ditanya oleh Ibnu Mas’ud: “Apakah amalan yang paling afdal? Jawab Baginda: Menunaikan solat tepat ada waktunya. Kemudian Ibnu Mas’ud bertanya lagi:

Selepas itu, apa pula? Jawab Baginda: Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Akhirnya Rasulullah ditanya lagi: Kemudian, apa lagi? Ujar Baginda: Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Antara hikmah solat ialah mendidik umat hidup dengan budaya ‘tepat pada waktunya’ sekali gus menggambarkan pentingnya masa dalam kehidupan seorang Muslim. Di samping itu, ibadat solat juga melatih umat hidup secara tertib dan berperaturan.
Fungsi solat juga sebagai penawar ketenangan hati di samping membersihkan jiwa dan raga daripada sebarang kekotoran.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat adalah penyejuk mata hati Baginda.
Kesan yang paling besar terhasil daripada pelaksanaan ibadat solat dengan penuh khusyuk dan ikhlas, ia berupaya menghalang seseorang Muslim daripada keinginan melakukan kemungkaran, baik tindakan mahupun perkataan.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Firman ini secara jelas menegaskan solat penawar atau jalan penyelesaian ampuh untuk mencegah amalan tidak bermoral dan jenayah yang membarah dalam kehidupan manusia sejagat. Dalam erti kata lain, ibadat solat tonggak mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup umat Islam.

Sesaat seorang hamba Allah berdiri tegak menunaikan ibadat solat, dia tidak boleh menoleh ke kanan mahupun kiri melainkan meluruskan pandangan wajahnya ke arah tempat sujud.

Mereka juga terikat dengan ikrar dibaca dalam solat, inilah solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu ya Allah Tuhan sekalian alam.

Ibadat solat jika dilaksanakan dengan sempurna dan ikhlas akan memantulkan ketenangan hati, keimanan mapan dan ketrampilan akhlak yang terpuji.

Wednesday, September 14, 2011

Cara Memikat Wanita Mengikut Sunnah

Cara memikat wanita mengikut sunnah

1. menyatakan hasrat melalui keluarga wanita, misalnya ayah si gadis itu. Cth: Nabi saw menyatakan hasrat hatinya kepada Aisyah melalui Abu Bakar dan Hafshah melalui ayahnya Umar al-Khattab (bukhari dan Muslim) Fiqh: apabila kita sudah ada hubungan yang kuat dgn ayah dan ayah si gadis telah mengenali si fulan, maka mudahlah anda menyalurkan hasrat hati anda

2. boleh secara langsung menyatakan hasrat hati kepada gadis juga boleh melalui perantara. Misalnya Nabi saw meminang Ummu Salamah secara terus melalui wakilnya Hathib bin Abi Balta’ah (muslim 1525). Imam Nasa’iy melapurkan Abu Talhah melamar Ummu Sulaim secara langsung tanpa perantaraan. Ini cara gentleman, terus menyatakan hasrat suci kepada gadis itu. (sahih anNasa’iy 3133)

3. Memikat wanita melalui pengaruh tokoh masyarakat. Imam Bukhari-Muslim melapurkan dari Sahl bin Sa’ad, bahawa ada sahabat yang menggunakan kedudukan RasuluLlah saw untuk masuk memikat hati perempuan. Bukhari 4642. Lalu Rasulullah mengirim arahan bahawa lelaki itu mendapat restu baginda utk meminang wanita tsb.

4. menggunakan bahasa sindiran kepada gadis idaman. Dalilnya: AQ 2:235 (dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita2 itu dengan sindiran). Kaum salaf menggunakan pelbagai teknik samada dari segi lisan dan perbuatan utk menyatakan hajatnya kepada wanita idaman. ada yg mengirim salam dan ada yang mengutus hadiah dan ada yang menyindir dengan kata-kata simbolik (ahkamul Qur:an oleh Ibnul Arabi (1/212-213)

Begitulah antara cara memikat si dia menurut asSunnah. selamat mencuba. Sekian

Tuesday, September 13, 2011

Muslim kaya, Islam kuat.

Pada hari ini umat Islam ditindas oleh golongan-golongan yang membenci Islam. Ini kerana umat Islam tiada kekuatan. Apa yang dimaksudkan dengan kekuatan? Kekuatan akan kita perolehi sekiranya kita menguasai semua bidang. Katakan sahaja apa jenis bidang, sains, teknologi, perubatan, ketenteraan, politik, ekonomi, dan lain-lain, negara-negara Islam berada di tangga yang terbawah.

Apakah punca kepada semua ini? Imbas kembali sejarah, umat Islam pernah menguasai 2/3 dunia. Umat Islam mempelopori ilmu sains, matematik, perubatan, fizik dll. Siapa sahaja yang tidak kenal akan saintis-saintis Islam, Ibnu Sina (Avicenna), Ibnu Rusyd (Averroes), Al-Jabar (Algebra) dan lain-lain lagi yang mana ilmu mereka telah dicuri oleh orang-orang barat. Kita adalah umat yang hebat pada suatu masa dahulu, tetapi Allah telah menarik kembali semua kekuatan tersebut, kerana umat Islam telah berpaling dari mengamalkan Islam.

Ingatlah kata-kata Umar Al-Khattab r.a. “Kita adalah satu kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan ISLAM.. Dan sekiranya kita mencari kemuliaan, dengan cara selain daripada cara yang telah Allah muliakan kita dengannya (yakni Islam), nescaya Allah akan MENGHINA kita.” Jelaslah Islam adalah jalan utama untuk kita kembali kuat. Maka adalah perlu untuk kita kembali mengamalkan Islam sebagai cara hidup kita.

Kekuatan Ekonomi 
Dalam masa yang sama, kita juga perlu berusaha untuk meningkatkan kekuatan-kekuatan fizikal kita. Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha membuka Konstantinopel, disamping membina ketaqwaan dan kekuatan iman tentera-tenteranya, beliau juga telah mengumpulkan semua tenaga-tenaga pakar dan para profesional, untuk membina strategi menewaskan musuh.

Antara kekuatan fizikal yang perlu kita bina ialah kekuatan ekonomi. Umat Islam hari ini tidak memiliki kekuatan ekonomi. Ekonomi dunia hari ini, dikuasai oleh golongan kuffar. Mereka sangat kuat sehinggakan barangan-barangan mereka menjadi sesuatu yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Contohnya, Syarikat Perisian Intel, barang-barang bayi Johnson & Johnson, telefon bimbit Nokia dan lain-lain lagi, adalah milik Amerika yang membantu Yahudi. Apabila dikeluarkan fatwa yang menyuruh kita memboikot mereka, kita tidak mampu melakukannya kerana kita tidak ada alternatif.

Sekiranya umat Islam memiliki kekuatan ekonomi, kita akan mampu untuk menguasai ekonomi dunia dan dalam masa yang sama kita akan dapat membantu perjuangan Islam. Umat Islam yang dilanda bermacam-macam masalah pada hari ini hanya akan dapat diselamatkan dengan meningkatkan kembali keimanan serta kefahaman Islam mereka iaitu melalui usaha dakwah. Ia memerlukan kepada sumber kewangan yang kukuh. Maka jalan yang terbaik ialah dengan membina kekuatan ekonomi umat Islam.

Muslim Kaya 
Apa yang saya maksudkan dengan “Muslim Kaya” ialah “muslim sejati yang memiliki kekayaan”. Mereka inilah yang akan membantu meningkatkan status ekonomi umat Islam dan dalam masa yang sama diredhai oleh Allah swt. Mungkin pada masa kini, ada juga orang-orang muslim yang kaya (walaupun tidak ramai), tetapi tidak semua mereka itu mengamalkan Islam dengan sepenuhnya.

Muslim Kaya yang kita mahukan ialah seperti mereka dari golongan sahabat-sahabat Nabi, antaranya Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Bin Affan dan Abd. Rahman bin ‘Auf. Mereka ini adalah sahabat Nabi (diakui keimanan mereka), memiliki kekayaan dan menyumbangkan harta mereka untuk perjuangan Islam. Inilah dia yang saya maksudkan “Muslim Kaya” memberi natijah “Islam Kuat”.

Secara ringkasnya bolehlah saya simpulkan di sini, “Muslim Kaya” memiliki beberapa ciri-ciri berikut :-
1. menunaikan perintah Allah
- menunaikan solat, zakat dan rukun Islam yang lain.
- menjaga hak-hak ahli keluarga, jiran tetangga
- berlaku adil, dll.

2. menjauhi larangan-Nya.
- tidak makan rasuah
- tidak ambil riba
- tidak berjudi
- tidak menipu
- tidak minum arak, dll.

3. beramal soleh
- bersedekah dan amalan-amalan sunat yang lain.
- berdakwah
- menyumbangkan harta untuk perjuangan Islam, dll.

4. berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang diceburi
- dalam kerja seharian
- dalam perniagaan yang dilakukan
- dalam strategi kewangan
- menambahkan ilmu yang boleh membantu kerjaya
- memperbaiki mutu kerja setiap hari
- tidak malas atau ponteng kerja

Friday, September 9, 2011

Tak salah kahwin muda .


KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku. Begitu juga dengan soal perkahwinan. Pasti agak ‘pelik’ di zaman moden ini bila menyaksikan pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga pada usia yang masih muda remaja.

Jika zaman dulu-dulu, pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga dianggap sebagai perkara biasa, namun tidak pula di zaman siber ini. Jika si jejaka berusia 30 tahun dan yang gadis pula berusia 25 tahun – dan masih belum berumahtangga – ia masih lagi dianggap perkara biasa bagi sesetengah masyarakat.

ZAMAN dulu, sekitar 50-an dan 60-an, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Ramai berkahwin muda, malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah…15, 16 tahun?

Banyak alasannya mengapa mereka berkahwin muda. Kebanyakannya mungkin kerana desakan ibu bapa. Lambat kahwin, takut anak gadis dikatakan tidak laku. Bimbang juga anak gadis terlalu bebas sehingga melakukan perbuatan yang tidak wajar.

Mungkin juga kerana peluang pelajaran tidak seluas mana bagi anak gadis di zaman dulu. Buat apa belajar tinggi-tinggi, itu pendapat orang tua dulu-dulu..ke ceruk dapur juga akhirnya dan ada juga yang mengatakan kerana `orang dulu’ cepat matang. Pendek kata, kalau anak gadis tu, sudah pandai masak, pandai jaga adik-adik – senang cerita, pandai menguruskan rumah tangga, ah..dah sampailah masanya.

Itu dulu. Kalau hari ini, anak gadis mahupun teruna berkahwin cepat, apa sebabnya? Rasanya ramai bersetuju, senario berkahwin muda bukan lagi pemandangan biasa. Peluang pendidikan yang lebih meluas, bagi lelaki dan wanita, keinginan mengecapi kejayaan dalam kerjaya mengatasi kehidupan berumahtangga, mungkin antara sebab ramai generasi hari ini `kurang berminat’ berkahwin pada usia muda.

Dilihat pada perangkaan Banci Penduduk dan Perumahan 2000, pada 1981 sehingga 1990, 43.2 peratus golongan muda berusia 20 hingga 34 tahun belum berkahwin.

Pada 1991 sehingga 2000 pula, 48.1 peratus golongan muda belum berkahwin, dengan 68.5 peratus daripadanya wanita.

Perangkaan itu turut menunjukkan umur minimum perkahwinan pada 1980 ialah 26.2 tahun bagi lelaki dan 23.5 tahun bagi wanita, tetapi meningkat kepada lelaki (28.2 tahun) dan wanita (24.7 tahun) pada 1991.

Perangkaan pada 2000 lebih membimbangkan apabila umur minimum berkahwin bagi lelaki meningkat kepada 28.6 tahun dan wanita 25 tahun dan begitulah keadaannya, dari tahun ke tahun, umur minimum berkahwin bagi lelaki dan wanita di negara ini semakin meningkat.

Namun, masih ada segelintir remaja hari ini `berani’ meninggalkan keseronokan hidup sendiri, berkahwin muda malah menimang cahaya mata ketika rakan seusia sedang sibuk menjalani `kebebasan’ sebagai remaja.

Semestinya, ramai yang beranggapan remaja yang berusia kurang daripada 20 tahun sebagai ‘mentah’ dan ‘hijau’ untuk mengharungi kehidupan berumahtangga serta menempuh pelbagai asam garam sebagai suami isteri.

Tetapi, sudah tentu lain perasaannya bila masing-masing sudah sah memikul tanggungjawab sebagai suami isteri. Memang bukan mudah menempuh cabaran alam rumah tangga, namun yang penting ialah tanggungjawab dan peranan suami isteri untuk menjamin keharmonian institusi perkahwinan yang dibina.

Menurut beberapa pasangan muda yg ditemubual, mereka tidak menyesal berkahwin muda, malah beranggapan status baru sebagai suami dan isteri itu lebih mematangkan mereka, lebih-lebih lagi apabila bergelar ayah dan ibu.

Mungkin benar, kata sesetengah pihak, usia bukanlah formula utama dalam perkahwinan yang berjaya tetapi keinginan dan keupayaan melayari mahligai dan kehidupan yang dibina dengan matang dan penuh tanggungjawab. Yang penting, jangan berkahwin hanya kerana nafsu dan desakan cinta tetapi kerana sudah bersedia – mental, fizikal dan kewangan. Apa yang pasti, masing-masing baik lelaki mahupun perempuan perlu ada nilai dan peranan untuk menjamin kebahagiaan berumahtangga.

Sunday, September 4, 2011

Jalan menuju nikmat Syurga

Saudaraku yang semoga dirahmati oleh Allah, sesungguhnya orang yang tidak mengenal kemuliaan akhirat dan malas beribadah akan menganggap dunia ini sebagai negeri yang senantiasa ia tempati. Ia selalu merasa kurang terhadap apa yang dimilikinya, tidak pernah merasa cukup mengejar dunia sampai segala keinginannya terpenuhi.

Padahal, apa yang ia usahakan, berupa harta, anak, dan lain-lain, semua itu tidak akan pernah menimbulkan kepuasan pada dirinya, bahkan mampu membawa kesengsaraan baginya. Seharusnya dia menyadari bahwa sebentar lagi kematian akan menghampirinya. Adapun orang yang mendapat taufik, dia menyadari bahwa dunia dan segala keindahannya itu hanyalah tipuan belaka, sehingga dia tidak terperdaya  bahkan sebaliknya akan bergegas menuju ampunan Allah serta surga yang seluas langit dan bumi, yang dipersiapkan bagi orang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kenikmatan di Surga
Saudaraku … bersegeralah menuju ampunan Rabb kalian dan surga yang seluas langit dan bumi. Di dalamnya terdapat berbagai kenikmatan yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, ataupun terbetik di hati seorangpun. Hal ini sebagaimana dibenarkan oleh firman Allah 'azza wa jalla yang artinya,
"Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam ni'mat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan." (As Sajdah : 17).
Di antara kenikmatan di surga yang Allah dan Rasul-Nya telah perkenalkan pada kita adalah :
[1]. Merasakan nikmatnya sungai susu, arak, dan madu, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman yang artinya," (Apakah) perumpamaan (penghuni) surga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamer (arak) yang lezat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring." (Muhammad : 15). 

[2]. Mendapatkan isteri yang masih belia dan berumur sebaya, sebagaimana firman Allah yang artinya, ”Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (yaitu) kebun-kebun dan buah anggur, dan gadis-gadis remaja yang sebaya." (An Naba' : 31-33).
[3]. Hidup kekal dengan nikmat lahir dan batin, sebagaimana Rasulullah shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda yang artinya, "Siapa yang masuk surga selalu merasa nikmat, tidak pernah susah, pakaiannya tidak pernah cacat, dan kepemudaannya tidak pernah sirna." (HR. Muslim).
[4]. Diberi umur muda, sebagaimana Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda yang artinya, "Ahli surga, berbadan indah tanpa bulu, matanya indah bercelak, umurnya 30 atau 33 tahun." (Shohihul Jaami'). 

[5]. Memandang wajah Allah yang mulia, sebagaimana diriwayatkan dari Shuhaib, bahwa Nabi shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda, "Jika surga telah dimasuki oleh para penghuninya, ada yang menyeru : 'Wahai penduduk surga, sesungguhnya Alloh mempunyai suatu janji untuk kalian yang janji tersebut berada di sisi Allah, di mana Dia ingin menuaikannya.' Mereka berkata : 'Apakah itu? Bukankah Dia telah memberatkan timbangan-timbangan kami, memasukkan kami ke surga, dan menyelamatkan kami dari neraka?' Beliau melanjutkan: 'Maka Allah menyingkapkan hijabnya (tabirnya), sehingga mereka melihat-Nya (wajah Allah). Demi Allah, Allah belum pernah memberikan sesuatu pun yang lebih mereka cintai dan menyejukkan pandangan mereka daripada melihat-Nya." (HR. Muslim).
Masih banyak sekali ayat dan hadits lainnya yang menerangkan tentang sifat-sifat surga, kenikmatannya, kesenangannya, kebahagiannya, dan keelokannya. Semoga Allah menjadikan kita sebagai penghuninya.
Jalan Menuju Surga
Jika ada yang bertanya tentang amal dan jalan menuju ke surga, maka jawabannya telah Allah berikan secara jelas dalam wahyu yang diturunkan kepada Rasul-Nya yang mulia. Di antaranya sebagaimana yang Allah jelaskan dalam surat Al Mu'minuun ayat 1-11. Beberapa sifat-sifat penghuni surga -semoga Allah menjadikan kita sebagai penghuninya- dari ayat tersebut adalah:
Pertama, beriman kepada Allah dan perkara-perkara yang wajib diimani dengan keimanan yang mewajibkan penerimaan, ketundukan, dan kepatuhan.

Kedua, khusyu' dalam shalatnya yaitu hatinya hadir dan anggota tubuhnya tenang.
Ketiga, menjauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang sia-sia (yang tidak mempunyai faedah dan kebaikan).

Keempat, menunaikan zakat yaitu bagian harta yang wajib dikeluarkan atau mensucikan jiwa mereka (karena salah satu makna zakat adalah bersuci) berupa perkataan dan perbuatan. 

Kelima, menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri dan budaknya. 

Keenam, memelihara amanah yang dipercayakan dan memenuhi janjinya baik kepada Alloh, kepada sesama mukmin, ataupun kepada makhluk lainnya. 

Ketujuh, melaksanakan sholat pada waktunya, sesuai dengan bentuknya yang sempurna, dengan memenuhi syarat, rukun, dan kewajibannya.
Selain ayat di atas, Rasulullah shollallohu 'alaihi wa sallam juga telah menjelaskan tentang jalan menuju surga yaitu dengan menuntut ilmu syar'i. Rasulullah shollallohu 'alaihi wa sallam bersabda yang artinya, "Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, niscaya Allah akan memudahkannya dalam menempuh jalan ke surga." (HR. Muslim). Ya Alloh, mudahkanlah kami untuk melaksanakan amalan-amalan ini dan menetapkan kami di atasnya.
Related Posts with Thumbnails