Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Friday, June 24, 2011

Rahsia Khusyuk - Adab Adab Membaca Al-Fatihah


Al Fatihah ialah kata-kata Munajat . Dengan ayat Al Fatihah kita berkata-kata secara langsung dengan Allah s.w.t.

Maka sebelum itu kita perlu membaca kalimah ‘Ta’awwuz’ dengan tujuan memohon perlindungan diri dengan Allah SWT dari segala gangguan dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah yang sentiasa berusaha untuk memalingkan hati kita dari menghadapi Allah.

Kemudian kita diperlukan pula membaca “Bismillah” untuk mendapatkan berkat dengan nama Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingat bahawa Allah sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Oleh kerana Al Fatihah adalah Ibu Segala Ayat di dalam Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan kepadanya ketika lidah kita membacanya. Ketika membaca Al Fatihah, sebaik-sebaiknya hati hendaklah mendahului lidah, atau sekurang-kurangnya hendaklah lidah menjadi guru bagi hati, iaitu hati hendaklah mengingat makna sesudah lidah membacanya.

1. Ketika kita membaca ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin’ kita ingat di dalam hati bahawa segala kepujian adalah hak-kepunyaan Allah kerana Allah menjadikan seluruh alam dan mengatur serta menguasainya. Maka tidaklah ada sesiapa selain dari Allah yang berhak menerima kepujian itu.

Kemudian kita berhenti sejenak untuk menanti reaksi kepada pujian kita itu, seolah-olah kita dengar Allah menjawab: “ Aku telah disanjung oleh hambaKu.”

2. Bila kita membaca ‘Ar Rahmanir Rahim’ kita tekankan dalam hati bahawa fungsi Allah sebagai Penguasa dan Pengatur alam berlaku kerana sifat Pengasih dan PenyayangNya. Maka segala yang kita terima dari kurniaanNya adalah dengan RahmatNya semata-mata. Jika tidak kerana Rahmat-Nya, alam ini tidak mungkin terjadi dan tidak pula tersusun seperti yang kita lihat.

3. Ketika kita membaca ‘ Maliki Yaumid-Din’ hendaklah kita ingat bahawa Allah s.w.t adalah Penguasa dan Hakim yang Maha Agung di Akhirat. Hanya Dia yang membuat perhitungan dan memberi ganjaran kepada segala amalan kita di dunia. Maka tidaklah ada kuasa lain yang boleh diharap-harapkan selain dari Allah.

4. Apabila kita mebaca “Iyyaka Na’budu Wa Iyyaka Nasta’in” ingatan kita tertumpu kepada Allah yang Maha Agung dengan ikrar bahawa tidak ada sesuatu pun yang disembah melainkan ‘Engkau’. Maka secara langsung kita berikrar: KepadaMu aku beribadat dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan! Dengan ikrar ini juga kita harap akan diperteguh i’tiqad di dada kita bahawa walaupun bantuan dari makhluk diperlukan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi Allah adalah Penggerak dan Penolong Yang Sebenar di sebalik usaha dan ikhtiar makhlukNya.

5. Ketika kita membaca “Ihdinas-Siratal-Mustaqim” ucapan ini adalah doa dan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dalam segala hal, baik yang mengenai amalan atau ilmu yang kita perlukan sebagai hambaNya yang taat.

Doa ini penting kerana kita tidak mungkin menemui jalan yang lurus dan benar itu jika Allah tidak memberi petunjukNya kepada kita.

6. Ketika kita membaca “Shiratal-lazina An’amta Alaihim” kita harus sematkan dalam ingatan bahawa ‘ Jalan Lurus’ yang kita pohonkan dari Allah sebenarnya adalah jalan yang pernah dinikmati oleh hamba-hamba Allah yang lain oleh pemberianNya jua. Dengan kesedaran ini semoga kita mencontohi amalan orang-ornag yang telah diberi nikmat oleh Allah di dunia ini, semoga kita akan menyertai mereka di akhirat nanti.

7. Ketika kita membaca “Ghairil Maghdubi Alaihim Waladh-Dhaal-Liiin” kita memohon pada Allah supaya dijauhkan kita dari jalan, perbuatan dan sifat manusia yang dibenci dan dimurkai oleh Allah kerana kecenderungan mereka melakukan kebatilan dan kemungkaran, sedangkan kebatilan membawa kepada kesesatan. Pada akhir ayat ini kita berhenti sejenak untuk menanti jawapan dari Allah, yang kita harap-harapkan akan berkata: “Aku beri kepada hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yang ia minta”.

Kedudukan Sunnah dalam Islam


Kewajipan Beriman dan Beramal Dengan Al-Sunnah Al-Sunnah merupakan sumber hukum kedua selepas Al-Quran. Di dalamnya bukan sahaja terdapat perkara-perkara berkaitan akidah, ibadah, ekonomi, politik malah meliputi keseluruhan kehidupan termasuk kerohanian, psikologi, akhlak, pendidikan, kesihatan, kesukanan, hiburan, masakan serta seluruh perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat.

ini menjadikan al-Sunnah merupakan satu panduan yang lengkap dan seimbang kepada seluruh manusia tanpa mengira agamanya, tabiatnya, minatnya, pekerjaannya, pangkat kebesarannya atau apa sahaja yang berkaitan dengan individu dan masyarakat; sesuai dengan terutusnya Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasallam (saw) sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Al-Sunnah bukan sahaja lengkap dan seimbang, malah mempraktikkannya juga adalah sangat mudah kerana ia melibatkan keperluan dalam kehidupan harian manusia. Contohnya, cara berdoa, cara makan, adab bermasyarakat dan segala yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Umat Islam amat memerlukan Al-Sunnah kerana ia menjelaskan dan memberikan tatacara dalam menjalani kehidupan dengan sebenar menurut apa yang dikehendaki oleh Allah Subhana wa Ta’ala dan ia sebenarnya merupakan satu rahmat yang besar kepada seluruh manusia sebagai pedoman atau jalan atau panduan.

Umat Islam hendaklah merujuk kepadanya, mempercayainya dan melaksanakannya apabila telah sabit kesahihannya atau disepakati ulama akan diterimanya sesebuah hadis itu (maqbul). Ia sesuai dengan apa yang telah difirmankan oleh Allah Ta’ala dalam;

Surah Al-Ahzab [33] : 36
36. “Dan tidaklah patut bagi laki-laki mahupun perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu ketetapan dalam urusan mereka, mereka memilih pilihan lain. Barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, sungguh dia telah nyata-nyata sesat.”

Maka, mana-mana lelaki dan perempuan mukmin, tiada pilihan lain bagi mereka kecuali mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala melalui utusan-Nya Nabi Muhammad saw dalam urusan mereka. Berpaling darinya, maka bermakna ia telah sesat dengan jelas.

Surah Al-Hujuraat [49] : 1
1. “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Di antara ayat lain yang menjelaskan akan kedudukan sunnah dalam dalam Islam adalah,

Surah Ali Imran [3] : 32
32. “Katakanlah, ‘Taatilah Allah dan Rasul-Nya! Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.”

Surah An-Nisaa’ [4] : 14
“... Dan barangsiapa menderhakai Allah dan rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya dan mendapatkan siksa yang menghinakan.”

Selain dari kesesatan, orang yang menolak sunnah juga diancam kekal di dalam neraka. Terdapat banyak lagi perintah dalam mewajibkan mengikuti Al-Sunnah di dalam Al-Quran. Pengingkaran atau penolakan terhadap sunnah yang telah jelas kesahihannya serta apa yang telah disepakati oleh para ulama, sama seperti menolak Al-Quran.

Contoh yang disepakati oleh para ulama seperti apa yang diperjelaskan oleh Rasulullah saw adalah; pengakuan tauhid, penjelasan tatacara bersolat, pengharaman memakan daging binatang yang mempunyai taring, penjelasan had potong tangan para pencuri dan lain-lain lagi. Dalam sebuah hadis mengenai golongan anti hadis;

Hadis : Dari Al-Miqdam bin Ma'diy r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hampir saja seseorang laki-laki yang bersandar di sofa mewah (mengenai golongan anti hadis akhir zaman) menceritakan hadis dari ku, ia (golongan anti hadis) berkata:

“Diantara kami dan kalian ada Kitab Allah Subhanallahu wa Ta'ala, maka apa yang kami dapati sebagai suatu yang halal akan kami halalkan, dan apa yang kami dapatkan suatu yang haram maka kami haramkan' (golongan anti hadis ini hanya menerima Al-Quran sahaja dan menolak hadis).”

(Kata Nabi saw) : Ketahuilah apa yang diharamkan oleh Rasulullah saw adalah (sama) seperti (apa) yang diharamkan oleh Allah Subhanallahu wa Ta'ala.” [585] Hadis Maqbul – Al-Darimi

Berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan hadis di atas maka adalah menjadi tanggungjawab kita agar kembali kepada sunnah dan berusaha mengamalkannya sesuai dengan apa yang difirmankan oleh Allah Subhana wa Ta’ala melalui Al-Quran dan dari sunnah Rasul-Nya agar kita tidak tergolong di dalam golongan yang sesat dan kekal di dalam neraka.

Bagaimana Menyayangi Mertua

Sebagai seorang isteri, sudah tentu rasa tertekan bila rumahtangganya ada campurtangan daripada orang lain. Tetapi rasa serba salah pula hendak membuat sebarang tindakan sebab orang itu pula bukanlah orang asing tetapi ibu kepada suami kita sendiri.

Kita perlu ingat, Allah telahpun memberi ketetapan bahawa seorang isteri wajib menghormati suami dan keluarga suaminya. Kalau seorang isteri mencacatkan hati mertuanya, ertinya dia juga telah mencacatkan hati suaminya. Maka dia adalah seorang isteri yang menderhaka dan menjadi orang yang dimurkai oleh Allah.

Memang tidak dapat dinafikan, kadangkala ada mertua yang suka sangat mencari-cari kesalahan anak menantu. Dikatanya menantu tidak pandai memasaklah, rumah tidak kemas, tidak pandai jaga anak atau mengungkit-ungkit segala kebaikan yang pernah dilakukan terhadap kita. Bagaimanakah agaknya kita menghadapi segala persoalan ini secara rasional.

1. Mengutamakannya dalam segala hal.

Dalam apa juga hal dan tindakan, kita mestilah dahulukan ibu mertua kita selagi perkara itu diizinkan oleh suami. Terutama bagi mertua yang duduk serumah, kita hendaklah mengutamakannya sebagaimana kita meletakkan suami di hadapan kita. Mintalah nasihatnya dalam apa jua tindakan walaupun ia dianggap kecil dan remeh.

Contohnya, "Emak, ikan ni masak apa yang paling sedap sekali?" Atau, "Emak buat asam pedas selalunya sedap, mak buat macamana?" Sesekali jika ajak mentua kita keluar bersiar-siar dengan kereta, biarlah dia duduk di kusyen hadapan bersama anak lelakinya. "Emak silalah duduk di hadapan, biar saya duduk di belakang dengan anak-anak." Atau jika keluar pergi ke pasar tanyalah kepadanya, "Emak ada tak nak pesan apa-apa yang mak teringin nak makan. Nanti boleh saya carikan di pasar."

Sebenarnya ada berbagai-bagai cara lagi yang boleh kita lakukan untuk memberi penghormatan kepada mentua kita hingga dia rasa dirinya disanjung, dihormati dan disayangi. Nanti akan terjalinlah ikatan kasih sayang di antara kita dengannya.

2. Fahami watak dan perasaannya.

Sebagai seorang isteri sepatutnya kita mesti memahami akan watak dan perasaan ibu mentua. Bukankah mereka lebih dahulu 'makan garam' lebih banyak pengalaman maka sudah tentu mereka lebih suka jika nasihat mereka dituruti.

Ada kalanya mereka cemburu bila melihat anaknya lebih melayani isterinya hingga lupa memenuhi keperluannya. Mungkin sebelum kahwin dahulu, anaknya sering memenuhi keinginannya, menjaga makan minumnya, sering membawa dia keluar bersiar-siar dan sebagainya. Tetapi setelah berkahwin, segala tumpuan telah beralih kepada isteri, maka keperluan ibunya sudah dibuat sambil lewa saja. Oleh itu tidak hairan jika timbul rasa cemburu dan irihati terhadap menantunya.

Oleh itu isteri mesti seringkali ingatkan suami tentang tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya sendiri. Contohnya jika suami memberikan sesuatu hadiah untuk kita maka katakan kepadanya, "Abang hadiahkan baju ni untuk saya aje ke. Mak punya abang dah beli?" Tanyalah dengan penuh kasih sayang agar dia ingat akan tanggungjawab. Atau ingatkan pada waktu-waktu terluang supaya dia menziarahi orang tuanya. "Kalau ada kelapangan, apa kata kita ziarah emak dan ayah abang tu. Entah sihat ke tidak, perlu juga kita jenguk."

Isteri hendaklah ingat bahawa seorang lelaki walaupun sudah berkahwin dia masih ada kewajipan terhadap ibubapanya. Maka kita sebagai isteri perlu mengingat-ingatkan suami kita tentang tanggungjawab mereka itu. Membiarkan suami dalam kelalaian memikul tanggungjawabnya bererti membiarkan suami dalam kederhakaan dan dosa yang akhirnya menyebabkan dia terjun ke Neraka. Sanggupkah kita lihat suami yang tercinta itu kelak akan diseksa di Akhirat?

Jadi bantulah dalam mengingatkan kealpaan suami. Jangan pula kita yang mengongkong suami agar menumpukan perhatian pada kita sahaja.

3. Sentiasa menggembirakannya.

Sebagai menantu kita mesti sentiasa peka dengan apa-apa yang disukai oleh mertua. Kalau pulang menziarahi mereka, bawalah buah tangan yang dapat menggembirakan hati mereka. Berikanlah hadiah-hadiah yang disukainya seperti telekung, tasbih, tudung, kain batik, celak dan lain-lain lagi. Hadiah ini akan mengeratkan lagi kasih sayang di antara kita dengan ibu mertua.

Ajarlah anak-anak agar pandai menghormati datuk dan neneknya. Suruh mereka bersalam dan cium tangan setiap kali berjumpa atau hendak keluar rumah, berjalan tunduk bila lalu di hadapannya serta bersopan santun di hadapan mereka.

Sebenarnya kasih sayang seorang datuk terhadap cucunya melebihi daripada kasih sayang di antara seorang ibu terhadap anaknya. Sebab kadangkala mertua tersinggung bila mendapati sebarang kekurangan dan kecacatan dalam menjaga cucunya. Seperti kurang diberi perhatian, pakaiannya comot tidak ditukar dan sebagainya. Jadi pandai-pandailah kita mengatasi masalah-masalah yang remeh seumpama itu.

Di samping itu kita juga mesti menunjukkan sikap berkasih sayang kepada cucu-cucunya yang lain dan juga mengajarkannya kepada anak-anak supaya berbuat yang sedemikian juga. Apa yang perlu dibuat ialah sering mencari sesuatu yang menjadi kegemaran dan kesukaannya. Kemudian layanilah sungguh-sungguh hingga dia dapat rasakan beruntungnya mendapat seorang menantu yang memahami jiwanya. Contohnya seperti membasuhkan pakaiannya, memasak makanan kegemarannya, memicitkan kepalanya jika perlu dan sebagainya.

4. Sentiasa menghisab diri.

Jika pada hari itu kita lihat mertua kita bersikap bad mood, bermasam muka atau bersikap acuh tak acuh saja dengan kita, sudah tentu ada perkara yang tersirat di sebaliknya. Cuba ingat-ingat mengapa agaknya ibu mertua rasa tidak senang dengan kita. Memang tidak dinafikan kita tidak akan lepas daripada membuat sebarang kesalahan tapi untuk mengurangkannya, berhati-hatilah agar ianya tidak berlaku berulang kali.

Mungkin baru sebentar tadi kita telah menyinggung perasaan mertua kita kerana memukul cucu kesayangannya. Atau dia tersinggung kerana kita telah membantah sedikit arahan suami (anaknya) sebelum dia keluar ke tempat kerja sebentar tadi. Jika telah berlaku perkara-perkara seumpama itu, maka cepat-cepatlah cari jalan untuk membuat seberapa banyak kebajikan terhadap mertua kita. Hingga kebaikan yang kita buat itu dapat dirasakannya dan kesalahan yang kita lakukan sebentar tadi menjadi kecil pada pandangannya. Jika kita memang telah berusaha sedaya upaya untuk menjaga hati dan perasaanya tetapi mereka tetap juga tidak puas hati, janganlah pula kecewa.

Yakinlah itu ujian bagi kita untuk mencapai kasih sayang Allah. Kerana Allah menjanjikan orang-orang yang sabar itu pahalanya ialah masuk Syurga tanpa hisab (dihitung dosa dan pahalanya).

Firman Allah dalam surah An Nahl: 96 yang maksudnya: "Dan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya."

Oleh itu hendaklah kita selalu mengingatkan diri kita dengan berkata, "Wahai Tuhan, berilah aku kesabaran dalam menghadapi masalah ini. Tunjukilah aku jalan keluar yang sebaik-baiknya. Semoga ujian yang Engkau berikan ini dapat mendidik diriku untuk semakin dekat dengan-Mu.

Sejarah pernah menceritakan tentang seorang sahabat AlQamah dengan ibunya. Beliau adalah seorang yang amat sayang terhadap ibunya dan sering mengunjungi ibunya terutama ketika beliau lalu untuk ke masjid. Dia selalu bertanyakan keperluan ibunya dan menguruskan kebajikannya. Tetapi setelah dia berkahwin jarang sekali AlQamah menemui ibunya itu. Hingga ibunya berkecil hati dengan sikap AlQamah. Ketika AlQamah hendak meninggal dunia, beliau tidak dapat mengucapkan syahadah. Lalu Rasulullah meminta ibunya memaafkan segala kesalahan anaknya itu. Jika tidak, AlQamah akan dibakar hidup-hidup. Setelah ibunya memaafkan barulah AlQamah dapat mengucap kalimah syahadah dengan lancar.

Memang tidak dinafikan ada mertua yang tidak menyenangi menantunya. Mungkin pada awal perkahwinan memang dia tidak merestuinya atas sebab-sebab tertentu. Maka sebagai isteri yang ingin menjadi menantu yang baik, janganlah mudah kecewa dengan sikap mertua yang begitu. Terimalah dengan sikap yang terbuka kerana mustahil bagi seseorang ibu tidak menyayangi anaknya lebih-lebih lagi jika anak menantunya itu jelas mempunyai budi pekerti yang baik. Lambat laun marahnya akan reda juga terutama bila sudah mendapat cucu nanti.

Jenis dan Hikmah di dalam Marah


Perubahan sifat dan sikap sering kelihatan apabila seseorang berdepan dengan situasi yang memungkinkan mereka menonjolkan kemarahan. Cacian dan makian tidak terhitung dek kerana tenggelam dalam nafsu amarah. Paling malang, gelojak nafsu dibiar menguasai diri hingga menghilangkan pertimbangan akal.

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci ALLAH SWT dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Marah juga adalah sifat semulajadi insani. Boleh jadi kemarahan yang ditunjukkan membawa kebaikan atau kecelakaan. Pada permulaan marah, ia bagaikan isyarat awal untuk membetulkan keadaan. Namun, apabila kemarahan didahulukan jauh daripada mengingati ALLAH, maka ia bertukar menjadi kebinasaan.

Berbeza sifatnya apabila marah dalam hal dan keadaan sesama akidah. Namun dibezakan disebabkan ketiadaan persefahaman dalam perkara-perkara khilafiah. Paling malang, apabila ada pihak yang berlebih-lebihan berprasangka sesama mukmin disebabkan suaranya tidak didengar atas urusan agama. Marah boleh menjatuhkan seseorang kepada keadaan kufur. Marah boleh jadi mengakibatkan kemusnahan “akidah”, apabila masalah khilafiah terus dibahas dalam keadaan “marah” dan tidak tahu usul agama.

Psikologi Manusia

Manakala di dalam kaedah psikologi manusia, terdapat beberapa jenis kemarahan yang berlaku di kalangan manusia. Keributan yang berlaku adalah tanpa sebarang amaran itulah yang dinamai sebagai:

a) Sudden Anger (Marah Mengejut)
-Individu yang mengalaminya mudah hilang sabar, sentiasa melahirkan “marah”, hatta dalam sekecil-kecil perkara. Namun, individu ini didapati cepat reda dan berasa menyesal. Walaubagaimnapun, alangkah indahnya apabila nafsu yang mengajak kepada kecelaan “marah” dapat dimulai dengan bacaan “Basmallah”.

b) Shame-based Anger
- Seorang yang sangat sensitif dengan suasana semasa.
- Tidak dapat tahan marah bila dikritik, diperleceh atau diketepikan. Beliau lebih gemar merasa betul atas segala tindakan tanpa penafian orang lain.

c) Deliberate Anger
- Percaya bahawa dengan menunjukkan kemarahan segala kemahuan
dan kehendak akan dipenuhi. Jenis begini tidak peduli untuk melanggar etika, undang-undang yang sedia ada asal matlamat digapai, haram katanya tidak mengapa.
- Suka memanipulasi, membuli & menguasai orang lain.
- Berpuas hati & megah sekiranya orang yang dimarahi berasa tersinggung & sedih.

d) Addictive Anger (Ketagihan Marah)
- Menjadi ketagih untuk marah apabila berada dalam ketagihan & tidak dapat menahan kemarahan.
- Ada kaitan dengan ketagihan arak & dadah.

Kemarahan yang meluap-luap dilupai akan memburukkan wajah pemarah, menyempitkan salur darah, disebabkan berlumba-lumbanya syaitan di dalam salur darah untuk menyucuk butir-butir kata dan tindakan penuh mazmumah. Maka lahirlah kemarahan yang disorak-sorai oleh syaitan laknatullah.

Renungilah dan hayatilah firman ALLAH SWT:

“Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.”

[Surah al-Syura ayat 37]

Marahnya Rasulullah Shollallahu allaihi wassalam

Suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”

Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya. “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”

Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”

Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”

Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW, kemudain orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pensuruh ALLAH.

Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”

Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak Rasulullah SAW dalam menghadapi marah. Manakala, hari ini dalam menguruskan kemarahan yang terjadi tanpa diminta, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar.

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”

(Riwayat al-Tirmizi)

Bangga dengan Marah

Kedapatan manusia bangga dengan sifat marah yang dimilikinya, katanya ia membuat orang hormat akan dirinya. Maka, katanya mudah untuk mengurus suasana. Ketika masyarakat bertemu dengannya, hormat yang disangka rupanya pura-pura. Kepada ketua, anak buah kelihatan bermuka-muka, didepan ketua puji dan puja, tetapi di belakang mereka mencela.

Persoalan kepada semua, apakah dengan kemarahan menyelesai segala perkara. Mewujudkan ukhuwwah ikhlas sepanjang masa? Melakar baik sangka kenapa sukar dicipta? Tidakkan tuan merasa gembira, melihat semua ikhlas menerima kehadiran tuan disisi semua.

Terimbau kepada satu cerita mengenai kesabaran, suatu hari Imam Ibnu Abbas r.a sedang menunggang kuda. Tiba-tiba datang seorang lelaki menghampirinya dan mengatakan berita dukacita kepadanya. Orang itu berkata:

“Ayahmu telah meninggal dunia ya Ibnu Abbas. Mendengar berita tersebut Ibnu Abbas r.a hanya mengucapkan: “Inna Lillahi wa inna ilahi raji’un. La haula walaa quwata illa billah.” Kemudian Ibnu Abbas r.a turun dari kudanya dan solat akan dia dua rakaat. Setelah selesai mengerjakan solat, orang itu bertanya kepada Ibnu Abbas: “Mengapa kamu sambut dengan solat setelah aku memberi tahumu akan kemangkatan ayahndamu wahai Ibnu Abbas?”

Ibnu Abbas r.a menjawab: “Apakah kamu tidak pernah mendengar firman ALLAH SWT yang memerintahkan:

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar.”

[al-Baqarah:153]

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Thursday, June 16, 2011

Bahaya menabur fitnah


KHEU Brunei Darussalam

Wahai kaum Muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benarnya iaitu dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi mukmin yang sejati dan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Yarabbal Alamin.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada kita. Di antara nikmat yang utama yang dikurniakan Allah Subhanahu Wata'ala kepada hambanya ialah lidah. Lidah mempunyai kebaikan dan manfaat yang amat banyak, bagi mereka yang menjaga dan menggunakannya ke arah tujuan yang sebenar seperti berzikir kepada Allah Subhanahu Wata'ala, membaca Al-Quran, berdakwah menyeru manusia ke arah mentaati perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan memberi nasihat serta teguran yang berguna kepada sesama manusia. Sesungguhnya lidah itu merupakan nikmat yang amat berharga kerana itu kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya, jangan sampai disalahgunakan seperti membuat fitnah.

Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, samada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tujuan kemudahan itu dicipta adalah untuk memudahkan kita melihat, mendengar dan menyebarkan apa jua berita dan maklumat tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita, samada apa yang berlaku di dalam negeri mahupun di luar negeri. Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana. Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah.

Ahli jumaat yang dirahmati Allah,

Kita perlu mengetahui fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang. Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan sesuatu pihak yang dilakukan samada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat dan gerakan dan sebagainya, samada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan. Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10-11 tafsirnya:

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyabarkan fitnah hasutan".

Diriwayatkan daripada Huzaifah Radiallahu Anha, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda maksudnya:

"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)".

Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Memang tidak dapat dinafikan, dalam kehidupan kita berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat, sememangnya kita tidak dapat mengelakkan diri dari mendengar berita-berita atau cerita-cerita yang diperbualkan ketika bertemu, samada ketika berada di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis kenduri atau di kedai-kedai makan dan sebagainya. Dalam hal sedemikian, jika kita mendengar perbualan yang boleh mendatangkan dosa seperti cerita yang direka-reka, memburukkan orang lain, memfitnah dan sebagainya, maka kita hendaklah berusaha mengelakkan diri kita daripadanya, seperti tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan itu kerana orang yang membawa fitnah itu adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang fasik dan berita yang dibawa oleh mereka itu tidak boleh dipercayai.

Selain itu, kita sepatutnya melarang orang yang membawa fitnah itu daripada meneruskan perbuatannya dan menasihatinya serta menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah salah di sisi agama. Janganlah pula cerita yang disampaikan oleh orang yang memfitnah itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari samada benar atau sebaliknya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Hujuraat ayat 21, tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain".

Ahli jumaat yang dirahmati Allah,

Ketahuilah bahawa tidak ada orang yang suka dirinya diperkatakan atau menjadi bahan cerita orang, apatah lagi cerita itu tidak berasas, tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata. Oleh itu jika mendengar sesuatu cerita, berita atau khabar-khabar angin, maka hendaklah orang yang mendengar cerita, berita atau khabar-khabar angin itu tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang telah diceritakan kepadanya. Sebagaimana kita tidak suka diri kita diperkatakan orang, sepatutnya kita tidak juga memperkatakan tentang orang lain.

Jika difikirkan, apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada perbuatan-perbuatan sedemikian? Ia tidak lain hanyalah mengembirakan orang yang berhati busuk. Sedangkan sebenarnya mereka itu telah diperdaya oleh syaitan sehingga mereka menjadi kabur, lalu merasakan apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak salah tetapi sebenarnya adalah buruk dan berdosa besar. Perkara ini bukan sahaja dilarang oleh agama islam, bahkan undang-undang dalam bernegara juga menegahnya dan boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika fitnah itu boleh menggugat keselamatan dan keharmonian dalam beragama, bermasyarakat dan bernegara, begitu juga dengan perbuatan mereka-reka dan menyebarkan khabar angin, baik dilakukan secara individu atau kumpulan, yang bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan maruah atau martabat mana-mana pihak, maka dalam hal ini, perbuatan tersebut akan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai langkah dalam memastikan keharmonian dan kententeraman awam.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sebagai bahan renungan, pernah berlaku suatu perisriwa di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam, yang lebih dikenalkan dalam kitab-kitab 'Sirah' Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai 'Hadisul Ifkhi', bila mana terjadinya fitnah ke atas isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam iaitu Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha.

Dalam peristiwa tersebut, Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha telah difitnah oleh orang-orang 'munafik' yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, dan beberapa orang di kalangan Muslimin telah terpengaruh dengan cerita fitnah yang disebarkan itu. Mereka menabur fitnah mengatakan bahawa Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha telah berlaku curang atau membuat hubungan sulit dengan seorang sahabat yang terkenal jujur dan amanah iaitu Safwan bin Al-Muathal. Akhirnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan ayat Al-Quran sebagai penjelasan bersihnya Sayidatina Aisyah Radiallahu Anha di atas fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Nuur ayat 19, tafsirnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman,mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".

Muslimin yang berbahagia,

Membuat fitnah itu dipandang berat dan berat dan dilarang oleh agama islam sebab ia boleh menimbulkan permusuhan dan permusuhan pula boleh menimbulkan kepada perpecahan dan huru-hara. Fitnah adalah tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas dan perbuatan itu mendatangkan azab diakhirat kelak. Ingatlah! Bahawa semua anggota tubuh badan termasuk lidah akan menjadi saksi di depan penghakiman Allah Subhanahu Wata'ala pada hari kiamat.

Akhirnya peliharalah diri dari perbuatan fitnah dan menaburnya. Didiklah diri kita, keluarga kita dan masyarakat dengan saling menasihati dan tegur menegur terhadap perbuatan yang membawa kepada dosa dan maksiat, apatah lagi membawa kepada dosa-dosa besar seperti membuat dan menabur fitnah. Semoga dengan sedemikian, kita dapat menikmati kehidupan yang aman tenteram, dan sentiasa mendapat petunjuk, hidayah dan berkat dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Yarabal Alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah Ayat 191 tafsirnya:

"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".

(Teks khutbah Jumaat di atas dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam yang dibacakan di seluruh masjid negara itu pada 10 Jun lalu.

Sunday, June 12, 2011

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita


"Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ~Surah Muhammad, ayat 7

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, Jika itu benar,maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah "

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara
remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT


Email : Savvy Merah

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

Tuesday, June 7, 2011

Doa Hari Jumaat

Oleh : Shah Bundy

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Segala puji bagi Allah, Yang Awal sebelum penciptaan dan penghidupan,Yang Akhir setelah punah semua,Yang Maha Tahu,Yang Tak Melupakan orang yang mengingatNya,
Yang Tidak Merugikan orang yang mensyukuriNya, Yang Tidak Mengecewakan orang yang memohon padaNya, Yang Tidak Memutuskan harap orang yang mengharapNya

Ya Allah Aku mintakan kesaksianMu dan cukuplah Engkau sebagai saksiAku mintakan kesaksian seluruh malaikat-Mu penghuni langit-Mu dan pemikul arasy-Muserta yang Kau bangkitkan sebagai nabi dan rasul-Mu dan yang Kau ciptakan dari berbagai makhluk-MuAku bersaksi, sesungguhnya Engkau Allah, tiada Tuhan kecuali Engkau, Tunggal Tak Berserikat dan Tak BertaraFirman-Mu tak berubah tak berganti dan sesungguhnya Muhammad saw hemba-Mu dan Rasul-Mu, ia penuhi apa yang Kau bebankan padanya untuk semua hamba, ia berjihad di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya, ia memberi kabar gembira tentang pahala yang sejati, ia mengancam dengan siksa yang sesungguhnya.

Ya AllahTeguhkan aku pada agama-Mu selama Kau hidupkan akuJanganlah gelincirkan hatiku setelah Engkau tunjuki akuKaruniakan padaku rakhmat dari sisiMuSungguh, Engkaulah Maha Pemberi.

Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Jadikanlah aku dari pengikut dan golongannya

Kumpulkan aku pada kelompoknya

Bimbinglah aku untuk melaksanakan kewajiban Jum’at, yang Kau wajibkan atasku untuk aku taati dan Kau bagikan karunia pada hari pembalasan pada orang yang layak menerimanya. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Gagah dan Maha Bijaksana

Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) salah seorang cucu Rasulullah saw.

(kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)

Wassalam

Malaikat berdoa untuk orang yang bersedekah di bulan Ramadan

Oleh : mohd naim mohd zain

Bulan Ramadan al- Mubarak antara bulan yang digandakan amalannya, pada bulan ini digalakkan bersedekah malah ia merupakan sunnah Nabi SAW dan salah satunya ialah memberi makan untuk orang berbuka puasa.

Bahawa hadis Nabi menyebut:"Sesiapa yang memberi minum orang yang berpuasa maka ia akan diberi minum oleh Allah SWT daripada kolam-Nya di hari akhirat nanti yang mana minumannya tidak akan dahaga sehingga dia masuk syurga."

Hadis nabi menyebut bahawa: "Pagi-pagi lagi Malaikat berdoa kepada orang yang bersedekah supaya ditambahkan hartanya dan orang yang kedekut akan dibinasakan hartanya."

Bersedekah kepada fakir miskin akan mendapat empat kelebihan untuk mengukuhkan dunia ini. Empat perkara tersebut ialah keadilan pemerintah, ulama yang beramal, pemurahnya orang yang hartawan dan doa daripada orang fakir.

Sekurang-kurangnya bersedekah kepada fakir miskin boleh mengurang tahap jurang social, kebanyakan orang fakir ialah terdiri daripada orang yang berjiwa halus dan apabila bersedekah kepada orang fakir mereka akan berasa diri tidak dipinggirkan.

Thursday, June 2, 2011

CERMINLAH DIRIMU ANAK KU

Oleh : Mohd Nizam Bin HJ. Badaruddin

Anakku cerminlah dirimu sebelum kamu disuruh mencermin diri mu. Lihat dirimu didalam cermin. Apa yang kau lihat. Dapatkah kau memahami dan menerangkan dengan kata-kata apa yang terbayang dihadapan mu. Ingatlah anakku. Jangan kau tertipu. Apa yang kau lihat hanyalah sisi sana wajah mu.

Apa itu SISI SANA WAJAH MU. Ayuh berhenti membaca catatan ini anak ku biar ku terangkan apa kah itu sisi sana wajah mu. Cuba kau ambil sehelai kertas yang mempunyai coretan. Bolehkah kau membacanya.
Sekarang bawalah kertas itu kehadapan bingkai cermin yang kau tatap sebentar tadi. Dapatkah kau baca tulisan itu didalam bingkai kaca tersebut. Tidak mudah bukan!!. Apa yang kau lihat didalam cermin itu sebanarnya merupakan pandangan sisi sebelah sana lembaran tulisan itu.

Sekarang sudah faham bukan apa itu sisi sebelah sana wajah mu di dalam cermin. Lihat semula dirimu didalam cermin. Apa yang kau lihat.
Wajah yang bujur sirih
Wajah yang hitam legam!!??.
Wajah yang bulat putih gebu!!??
Wajah yang berseri, ada pancaran di mata yang dianugerahkan Allah!!??

Ingat anakku bukan itu yang kau kusuruh perhatikan. Kau ku suruh melihat lebih jauh kedalam dari wajah yang kau nampak. Lihat kedalam hati mu. Putih bersihkah. Hitamkah tebalkah salutan sifat mahmudan atau mazmumah. Tidak apa anak ku nanti akan ku bicarakan akan hal ini dengan lebih halus lagi.

Sekarang marilah kita kembali kepada apa yang kita bicarakan anak ku. Cerminlah diri mu. Ini bukan sindiran anak ku jauh sekali kejian.. sesiapa yang terasa cili apa mambaca catatan ini silalah bermuhasabah diri apabila terasa pedasnya.

Satu pesan ku kepada anak-anakku. Jika kau lihat wajah yang hitam legam, Nampak hodoh dimata manusia di dunia. Kita siapa yang berani sungguh memberi markah kepada ciptaan tuhan. Hakikatnya dalam setiap ciptaan ilahi itu ada tersembunyi keindahan dan ujiannya. Dalam hitam itu ada manisnya. Dalam legam itu akan datang dengan serinya. Hanya akan kelihatan jika kita basahkan dengan zikir dan kilatkan dengan Iman yang tinggi kepada allah. Semakin tinggi iman yang kau miliki, semakin serilah wajah yang kononnya hitam dan legam itu.

Seperkara lagi anak ku, jangan sekali-kali kau persoalkan tindakan tuhan . jangan kau tangiskan Kada dan Kadar tuhan terhadap mu. Kau tidak tahu apa rahsia yang Allah sembunyikan dari mu. Kau tidak tahu apakah hikmah disebalik ujian yang ditimpakan kepada mu. Jadi apa pilihan mu. Satu kecewa dengan takdir yang ditimpakan kepada mu: menangis siang dan malam mengenang nasib diri tanpa mampu mengubah apa-apa dan biarkan diri terus hanyut ke lubuk kegagalan atau dua, kau lihat hidup ini dengan penuh keyakinan akan Kudrat serta Iradat Allah , dan melangkah terus mengharungi hidup ini dengan penuh gagah dan semangat dengan bergantung harap kepada Allah dengan merayu serta merintih didalam doa dan memohon agar Allah menguatkan tali simpul mu dengan Allah.

Anak ku, jika lihat wajah didalam cermin itu yang putih gebu. Jangan rasakan diri dah hebat. Sudah anggun dan tercantik hingga rasa layak untuk menjadi sombong dan takabur. Kerana disisi Allah cantik itu tiada sekelumitpun makna kerana itu hanyalah bersifat sementara: merupakan ujian dalam bentuk fitnah dunia, jika kau tergelincir, ruginya tidak lain selain dari kau juga. Anakku, yang putih gebu itu lagi mudah nampak buruknya jika tidak disiram dengan zikrullah dan dibasuh dengan air sembahyang.

Ingat anak ku, putih gebu itu sebarangan jadinya. Itulah merupakan ujian Allah yang amat mudah menyesatkan manusia. Hidup ini hanya ada dua pilihan tidak ada pilihan ketiga. Pilihan pertama pilihlah jalan yang lurus. Jalan yang ditunjukkan Allah. Walaupun kelihatannya penuh ranjau dan berduri, tapi itu hanyalah fatamorgana semata. Itu hanyalah bayangan dan biasan bertujuan untuk melemahkan jiwa. Jika kau dapat kuatkan jiwa dan tidak putus-putus mohon perlindungan Allah, rintangan yang kau lihat itu mudah kau terjah dan harungi dengan mudah.

Pilihan kedua, kelihatannya jalan itu luas terbentang, penuh dengan keindahan yang mengamit jiwa. Hakikatnya anakku itulah seburuk-buruk jalan. Penuh dengan ranjau sepanjang jalan yang menyesakkan jiwa. Semakin jauh kau memasukinya, semakin kau hilang punca dan merasakan kekontangan jiwa dan berserabut kepala yang semakin bertambah dari masa kesemasa. Itulah jalan ke neraka yang tidak menjanjikan keuntungan atau kejayaan sebaliknya hanyalah menjanjikan kerugian dan kesesatan semata.
Related Posts with Thumbnails