Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Saturday, July 13, 2013

Hikmah Dan Fadhilat Ibadah Puasa

Oleh; Azam Nur B. Abd Halim


jadwal-imsakiyah-ramadhan-2010-3.jpg

Puasa di Bulan Ramadhan adalah kewajipan yang sangat-sangat penting bagi individu Muslim dan Muslimah yang telah mencukupi syarat-syaratnya. Ibadah Puasa mempunyai beberapa  hikmah dan faedah yang sangat besar, antaranya:

Sebagai tanda syukur kepada Allah atas limpah nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga.

Mendidik nafsu dari Nafsu Ammarah (lebih banyak mangajak kepada kerosakkan) ke tahap  Nafsu Lauwamah (berhati-hati dan waspada pada memilih antara yang hak dengan yang batil, antara yang halal dengan yang haram dan antara yang indah dengan yang buruk). Dan seterusnya ke tahap yang lebih tinggi iaitu Nafsu Mutmainnah (tenang dan tenteram).

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka.

Membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya.

Mendidik Jiwa supaya  bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menepuh perjuangan hidup.

Menanamkan semangat perpaduan kerana sama-sama menunaikan kewajipan yang sama dapat menimbulkan semangat persaudaraan.

Mengikis sifat keakuan (egoistic) dan sombong serta bangga diri dengan kelebihan-kelebihan yang ada sehingga menghina dan memandang rendah golongan yang yang lain.

Mendidik diri kearah mematuhi disiplin dan peraturan hidup serta dapat mengurus waktu dengan sebaik-baiknya.

Menghasilkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana banyak makan adalah punca penyakit. Sabda Rasulullah SAW:
"Perut besar itu adalah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit." Maka sebab itulah Baginda bersabda:
" Berpuasalah! Nescaya kamu akan sihat."

Memperoleh kecergasan akal fikiran, sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya:
" Orang yang lapar perutnya itu, tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails