Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Wednesday, July 28, 2010

Hukum Bomoh Membomoh

14 Syaaban 1431 H
Oleh: akhisalman

Sesungguhnya Nabi s.a.w datang kepada masyarakat yang mempercayai pawang-pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib.

Mereka berkata mampu mengetahui perkara gaib yang akan datang atau yang lepas dgn cara mereka berhubung dgn jin dan sebagainya. Rasulullah s.a.w memerangi perbuatan bomoh-bomoh seumpama ini dgn membacakan ayat:

"Katakanlah hai Muhammad ; tidak ada yang mengetahui perkara yang gaib samada di langit dan bumi melainkan Allah." (65:an-Naml)

Allah telah menceritakan bahwa jin sendiri tidak tahu dgn kematian Nabi Sulaiman sehinggalah anai-anai memakan tongkat Nabi sulaiman a.s. dan Allah berfirman:

"Kalaulah mereka (jin-jin Nabi Sulaiman) mengetahui perkara yang gaib nescaya mereka tidak berada dalam azab yang menghina (berkerja susah payah berkerja walupun Nabi sulaiman sudah wafat)." (14:Saba)

Dr Yusuf Qardawi berkata:"Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib maka dia telah berbohong kepada Allah, kepada kebenaran dan kepada manusia."

Sesungguhnya telah tiba segerombolan manusia bertemu dgn Nabi s.a.w.Mereka menyangka baginda mengetahui perkara yang gaib, lalu mereka menyembunyikan sesuatu di tangan mereka.

Mereka bertanya "Beritahu kamu apa yang ada dalam tangankami?" Nabi s.a.w menjawab dengan jelas:

"Aku bukannya tok nujum atau pawang yang mengetahui benda yang gaib.Sesungguhnya pawang atau tok nujum (yang mendakwa tahu perkara gaib) berada dalam neraka."(Hr Tirmizi)

Percaya dgn cakap-cakap bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang gaib adalah kekufuran.

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang gaib,lalu percaya dgn kata-kata mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari"(Hr Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berjumpa dgn bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritau tentang perkara-perkara ghaib maka dia telah kufur dgn ajaran Nabi Muhammad s.a.w." (Hr Bazzar-Jaid)

Nabi s.a.w pun tidak mengetahui perkara-perkara yang gaib. Firman Allah s.w.t:
"Katakanlah hai Muhammad ; aku tidak mengatakan mempunyai khazanah-khazanah tuhan, aku tidak mengetahui perkara yang gaib..." (50: al-Anam)

Namun tersangat hairan pada masa sekarang ni bomoh-bomoh yang mendakwa perkara-perkara yang gaib seumpama:

1. Mengetahui benda atau orang yang hilang.
2. menilik masa depan seseorang.
3. Mengetahui penyakit tanpa perantara syptom2 tertentu dan alat2 moden.

Kebanyakan masyarakat mempercayai kata2 bomoh2 ini. Ini sangat bahaya terhadap akidah mereka. Masyarakat perlu berhati dengan kewujudan
bomoh-bomoh ini.

Adapun bomoh yang tidak mendakwa mengetahui perkara gaib dan merawat hanya dgn quran dan sunnah maka ia dibenarkan. Insya Allah saya akan tulis berkenaan dgn jampi dlm Islam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails