Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Friday, August 13, 2010

Perihal Zikir

Keutamaan Zikir

Berkata Imam Habib Abdullah Al-Haddad, "Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekalian, moga-moga Allah menjadikan kami beserta kamu sekalian di antara kumpulan orang-orang yang gemar berzikir kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, agar kita sekalian tergolong manusia yang tiada dilalaikan oleh harta benda dan anak pinak dari mengingati Allah Ta'ala. Ketahuilah zikir kepada Allah itu di antara taqarrub yang paling utama yang dapat menghampirkan kita kepada Allah Ta'ala".

Firman Allah Ta'ala:

"Wahai orang-orang yang beriman! Ingatilah Allah dengan sebanyak-banyaknya ingatan dan bertasbihlah kepada-Nya siang dan malam."
(Al-Ahzab: 41)

Firman-Nya yang lain:

"Mereka yang beriman itu akan menjadi tenteramlah hati-hati mereka dengan mengingati Allah. Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah itu akan tenteram segala hati!"
(Al-Ra'ad: 28)

Firman Allah Ta'ala lagi:

"Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati-Ku, maka baginya akan ditakdirkan hidu yang sempit dan aku akan bangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan buta."
(Thaha: 124)

Firman Allah Ta'ala lagi:

"Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati Tuhan Yang Maha Pemurah (ke atas semua makhluk-Nya dengan pemberian nikmat-nikmat yang tidak terkira), kami balakan baginya syaitan yang diambilnya menjadi teman."

Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan juga Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Tiada suatu kaum duduk berzikir kepada Allah Ta'ala melainkan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat, dikelubungi oleh rahmat, diliputi oleh ketenteraman dan Allah akan menyebut mereka pada siapa yang berada di kalangan-Nya".

Majlis Zikir

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam suatu hadis yang masyhur yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Turmudzi dan Al-Baihaqqi dari Anas bin Malik:

"Jika kamu melintas taman-taman syurga, maka hendaklah kamu berehat. Para sahabat bertanya: Apakah taman-taman syurga tersebut? Sabda Baginda SAW: Kumpulan orang-orang yang berzikir. (Ada riwayat mengatakan majlis-majlis zikir)".

Ada pelbagai majlis zikir, yang terutama ialah majlis ilmu seperti mana yang telah dibahaskan oleh Al-Imam Hujjatullah Muhammad Al-Ghazali di dalam permulaan kita Ihya' 'Ulum Ad-Din pada kelebihan ilmu dan juga mana-mana permulaan kitab oleh ulama'-ulama muktabar lain sebelumnya dan selepasnya seperti Imam Al-Bukhari RA, Imam Muslim RA, Imam Nawawi RA dan lain-lain.

Sabda Nabi SAW yang dinyatakan oleh Imam Al-Ghazali RA di dalam kitab Ihya'nya:

"Demi Tuhanku bahawasanya berpagi kamu pergi menuntut ilmu akan suatu bab (ambil kefahamannya dan mengamalkannya) daripada ilmu (yang menimbulkan rasa takut akan Allah) itu terlebih baik daripada kamu sembahyang sunat seratus rakaat".

Selain itu majlis zikir juga dinisbahkan dengan berzikir secara beramai-ramai di masjid atau di rumah bersama keluarga dengan berniat mengajar, melatih masyarakat, keluarga agar melazimkan mentauhidkan, mensucika, menta'zimkan dan membesarkan Allah serta beribadah, berjemaah dan berdoa bersama-sama selagi mana tidakk mentaswiskan (meragukan) orang-orang yang sedang bersembahyang, maka ianya tidak dilarang menurut pendapat Syeikhul Islam Ibnu Hajar RA.

Rukun Zikir dan Syarat-syaratnya

1. Makan minumnya dan pakaiannya halal
Telah berkata Saidina Abdullah Bin Umar RA: Jika kamu terus bersembahyang hingga tulang belakangmu menjadi bongkok dan kamu berpuasa pula hingga badanmu menjadi seperti lidi, tetap tidak akan diterima semua itu melainkan dengan warak yang tebal (menjaga halal haram).

2. jangan Riak
Hendaklah ikhlas dan tidak berpura-pura atau menunjuk-nunjuk amalannya di hadapan orang ramai. Lazimkan diri sahaja beramal di kala di rumah dan di khalayak ramai. Beramal secara beramai-ramai merupakan syiar kehebatan Islam.

Firman Allah Ta'ala:

"Maka sesiapa yang percaya dan berharap akan bertemu dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
(Al-Kahfi: 110)

Telah berkata Fudhail bin I'yad, "Barangsiapa yang meninggalkan amal kerana manusia (bimbang dikatakan kuat beramal) sesungguhnya ia telah riak, dann barangsiapa melakukan amal kerana manusia sesungguhnya ia telah syirik". Lazimlah kamu menyebut
لا حولا  ولا  قوة  إلا  بالله  العلي  العظيم
"Tiada daya bagi aku meninggalkan maksiat dan tiada kekuatan bagi aku mengerjakan ketaatan melainkan taufik dan pertolongan daripada Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung".

3. Makan tidak terlalu kenyang
Hendaklah lazimkan diri semasa berzikir tidak terlalu kenyang, kerana tidak akan datang khusyuk dan rendah diri bila perutnya terlalu kenyang. Tetapi bila perutnya ringan, ketika itulah akan datang nur dan cahaya pada hati.

Adab dan Syarat Zikir

Berkata Syeikh Ali Al-Marshafi RA di dalam kitabnya Manhajus-Salik. Terdapat banyak adab dan syarat zikir, antara yang terpenting ialah:

1. Bertaubat terlebih dahulu
Iaitu dengan menepati segala rukun taubat dan menampakkan diri semacam penyesalan yang sungguh-sungguh.

2. Menyelesaikan fardhu terlebih dahulu
Fardhu diibaratkan pokok sedangkan zikir adalah bajanya. Apa yang mahu dibaja sedangkan pokoknya tiada.

3. Melazimkan diri dalam kesucian
Iaitu bermandi dan berwudhuk serta menghadap kiblat.

4. Hendaklah menyimpan harapan yang baik di dalam hati ketika memulakan zikir
Jangan meragukan bahawa Allah tidak menerimanya.

5. Duduk berzikir di tempat yang bersih dan suci dari kekotoran
Ini kerana zikir itu menyebut dan mengingati Allah.

6. Mewangikan tempat duduk dan diri semasa berzikir
Ini kerana tempat berzikir itu tidak sepi dari didatangi malaikat dan kaum jin di samping memeriahkan halaqah zikir.

7. Memakai pakaian yang bersih
Agar suasana menjadi nyaman dan tidak mengganggu hidung dan mata orang-orang yang berzikir.

8. Bersikap ikhlas
Membersihkan diri daripada segala macam sifat riak dan keraguan.

9. Hendaklah memilih zikirnya itu dengan lafaz
لا إله إلا الله

Menghormatinya dengan kekuatan yang sempurna dan dengan mengangkat suaranya pada lafaz إلا اللهdari batas pusat ke atas dua belah bahagian dadanya dan melenggokkan kepalanya dari kanan ke kiri (membayangkan pukulan zikrullah ke dalam degupan jantung).

Apa yang Perlu Dilakukan Selepas Berzikir
  1. Berdiam diri sebentar kerana apabila berdiam diri akan khusyuk dan tenteram hatinya.
  2. Hendaklah menarik nafas yang panjang-panjang dan berkali-kali agar mencahayakan hati Bashirah yakni mata hati dan membukakan hijab hati.
  3. Menahan diri dari meminum air sebaik-baik sahaja selepas berzikir kerana zikir itu membakar jiwa. Iaitu menghangatkan tubuh dan menimbulkan kelazatan dan keharuan dalam diri sedangkan meminum air selepas berzikir akan memadamkan semua perasaan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails