Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Thursday, August 19, 2010

Menonton Wayang yang Halal

SYARAT-SYARAT

Dr Yusuf qardawi telah menggariskan 3 syarat untuk mengharuskan melihat cerita di panggung wayang, pentas teater dan seumpamanya.

Pertama: Hendaklah isi cerita tersebut tidak ada perkara yang mempunyai unsur-unsur sex, kejahatan dan semua perkara yang menyalahi syariat dan adab-adab Islam.

Cerita-cerita yang menaikkan syahwat, menggalakkan untuk membuat dosa, merangsang jenayah, membawa pemikiran yang menyeleweng dan mempunyai unsur2 akidah yang sesat adalah haram dilihat oleh orang Islam

Kedua: Tidak menyebabkan terlalai dari mengerjakan kewajipan agama, terutamanya kewajipan solat. Firman Allah swt :

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,

الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ

(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,

4 dan 5 surah al-Ma’un

Ketiga: Tidak berlaku pergeselan diantara penonton lelaki perempuan dan tidak ada percampuran yang mendorong kepada maksiat. Ini bagi mengelakkan maksiat dan menjauhkan dari fitnah. Lebih-lebih lagi menonton dalam gelap. Nabi saw bersabda:

لِأَنْ يُطْعَنَ فِيْ رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِْخَيطٍ مِنْ حَدِيْدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمُسَّ اِمْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ

“ Ditusuk di kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”

Hadis riwayat al-Baihaiqi dan at-Thabrani dengan sanad yang sahih.

MELIHAT AURAT DIKACA TV

Hukum melihat aurat dikaca tv adalah diharuskan menurut fatwa dari ulama Azhar, fatwa lajnah fatwa ulama Kuwait dan ulama-ulama yang lain. Ianya disayaratkan dengan syarat tidak menimbulkan fitnah seperti merangsang nafsu atau terpautnya hati.

Dalam kitab Tuhfatul Muhtaj disebut pengharusan melihat aurat imej wanita dalam air atau dalam cermin selagi tidak ditakuti fitnah (tarikan).

Namun ada juga mengharamkannya seperti ulama Saudi dan Dr Taufik Ramadan al-Bouti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails