Diantara syarat sah solat jemaah adalah ditempat yg satu. Jadi disini diterangkan bagaimana dikira sah kedudukan imam dan makmum untuk diktibar sahnya solat jemaah. Ia ada 2 keadaan:
Keadaan pertama: Dalam Masjid.
sekiranya kedua2 dalam masjid maka syaratnya:
1. kedudukan Makmum tidak mendahului imam. Maksudnya adalah tumit makmum tidak mendahului tumit imam ketika berdiri dan punggung ketika duduk.
2. Tidak ada dinding yg menghalang makmum untuk sampai ke imam. Makmum boleh sampai kepada imam walaupun dengan membelokkan tubuhnya untk berjalan sampai ke imam.
Keadaan kedua: Luar masjid.
Sekiranya kedua2nya dalam masjid atau salah satunya di masjid maka syaratnya:
1. Makmum tidak terkehadapan dari imam sperti yg lepas.
2. Tidak ada penghalang yg menegah untuk melihat imam atau melihat makmum yg melihat imam dan seterusnya.
3. Boleh sampai kepada imam dengan tanpa membelokkan badannya; sekiranya dia berjalan kearah imam.
4. Tidak lebih jarak diantara imam dan makmum 150 meter. sekiranya Imam didalam dan makmum diluar masjid maka makmum tak boleh lebih jaraknya dr akhir masjid 150 meter.
Rujukan: Taqrirat sadidah oleh Hasan Kaf.
Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com
We Love Islam Followers

Sunday, August 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment