Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Monday, September 27, 2010

Sempurnakah amal anda?

“Dan orang-orang yang kafir, amal-amal mereka laksana fatamorgana di tanah yang datar, disangka air oleh orang yang haus, namun ketika didatangi air itu, dia tidak mendapatinya sesuatu apapun …” (QS. An Nur: 39).

Perasaan telah banyak amalan kebaikan yang dilakukan berpeluang menyergap hati setiap insan. Namun, sebanyak apapun seseorang beramal, yang pasti hasilnya tidak sebaiknya mengagung-agungkannya. Kerana itu terlebih baik merasa kuatir kalau-kalau apa yang telah diamalkan tidak diterima Allah kerana berbagai alasan. Dengan memiliki perasaan kuatir seperti ini, seseorang akan tergerak untuk berusaha semaksima mungkin agar amalannya diterima. Apalagi besar kemungkinan, bagi yang diterima amalnya pun, pahalanya telah menjadi fatamorgana. Maksudnya, limpahan pahala dari Allah yang dirasakan seolah-olah ada, tetapi sesungguhnya telah musnah sama sekali.

Hal ini terjadi bagi orang-orang yang gemar melakukan perbuatan ingkar atau kuffar, seperti melakukan kerusakan. Termasuk juga mengadu domba, ghibah(mengumpat),hasad dan dengki, membunuh hamba-hamba Allah sesuka hatinya atau merebut hak-haknya secara tidak sah dan berbagai lagi kemungkaran. Seperti Firman allah SWT " Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan di muka bumi "(QS. al-Qasas: 77).

Tentunya, siapapun yang menyadari singkatnya hidup di dunia ini sama sekali tidak ingin amalannya menjadi fatamorgana. Kerana itu, sebaiknya kita tidak hanya pandai beramal, tetapi juga pandai menjaga amalnya. Perlu menjaga kesempurnaannya sekaligus membersihkan pengganggu-pengganggunya, agar iman kita tumbuh subur dengan memandu akhlak dan perilaku kita sesuai dengan kehandal Islam hingga akhir hayat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails