Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Monday, October 22, 2012

Fahami dan Hayati Ibadah Qurban


Oleh Azam Nur Abd Halim
 
Alhamdulillah, masyarakat Islam setempat kian mengambil berat akan ibadat qurban. Ini merupakan titik tolak bahawa sifat penyayang dan prihatin terhadap saudara islam yg lain masih wujud dlm hati sanubari masyarakat kita.
 
Cuma apa yg perlu kita pertingkatkan ialah keperluan memperbetulkan niat dlm melaksanakannya agar tidak dicemari dgn perasaan sombong akan kemampuan kita.
 
Suatu sikap yg perlu dikikis oleh sebahagian besar masyarakat kita ialah berlumba-lumba meramaikan majlis sembelihan qurban dgn harapan membawa pulang bungkusan daging bukannya membawa pulang semangat dan roh persaudaraan islam.
 
Walaupun amalan biasa yang kita laksanakan dgn mengagihkan daging qurban kpd orang miskin, jiran atau dimakan sendiri bersama keluarga tidak menjadi kesalahan, namun menyalurkan kesemua kpd saudara seagama kita yg betul-betul kebuluran amalan yg lebih afdhal dan mulia serta mendapat lebih keredhaan Allah S.W.T oleh itu  sama-samalah kita nikmati keberkatan-Nya dengan memahami dan menghayati amalan ibadah qurban yg sebenarnya.
 
Semoga ibadah qurban tahun ini dapat memberi erti yg mendalam pada diri kita semua.
 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1433H.'Qurban For Life' (Q4L) 

1 comment:

Related Posts with Thumbnails