Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Wednesday, May 16, 2012

Kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah Nabi



Tahu jenis potongan daging kambing? Sedarkah kopi dan daging kambing adalah makanan sunnah nabi?

1. Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang zionis tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

2. Teruskan membongkar kebijaksanaan Zionis menipu umat Islam. Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil".

3. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para Zionis ini) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut Zionis ke nak ikut nabi kita?

4. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. So, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran Zionis ini.

5. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Zionis, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK mengatakan yang Zionis semua ada segelas kopi di tangan mereka. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

6. Para Zionis ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan Maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Orang Melayu kita juga yang ketagih minum Coca-Coladan Pepsi-Cola.

7. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. Untuk pengetahuan, para Zionis agen Dajjal ni jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

8. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen pada wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
 

30 comments:

  1. Kesahihan perkara yang diterbitkan ini?

    ReplyDelete
  2. kenapa mempersoalkan entry ini dan harus mempercayai tanpa soal akan claim pihak yahudi ?

    ReplyDelete
  3. Berikan saya sepotong Hadis sahih berserta Periwayatnya yang menyatakan minuman kegemaran Rasuallah adalah Kopi......

    ReplyDelete
  4. Saya juga ingin mengetahui dalil tentang soya dam kopi. Bukan mau mempersoal, tapi apa2 yang disandarkan atas nama nabi perlulah disokong dengan dalil.. - Hafiz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju,apapun yg berkaitan dgn Nabi,mestilah harus disokonp dngan hadith..kalau tak,mana org percya dari mana datangnya ayat ni.mohon di huraikan dgn lbih terperinci untk menjaga kesucian Al-quran

      Delete
  5. setahu saya yahudi meminum teh dan tidak meminum kopi..boleh beri hadis sahih berkenaan minumam kegemaran nabi ialah kopi..no offence..

    ReplyDelete
  6. bagi saya mudah.ikut dan yakinlah Sunnah.cari rujukan sendiri.cth daging,susu kambing,kurma,habtaus sauda,halba,madu,tembikai,dan banyak lagi.pastu cara nabi makan.Nabi x makan serentak.Nabi makan ala kadar sahaja.

    ReplyDelete
  7. bagi saya mudah.ikut dan yakinlah Sunnah.cari rujukan sendiri.cth daging,susu kambing,kurma,habtaus sauda,halba,madu,tembikai,dan banyak lagi.pastu cara nabi makan.Nabi x makan serentak.Nabi makan ala kadar sahaja.

    ReplyDelete
  8. Anonymous scum..

    Soy - Soy has also been genetically modified to resist herbicides. Soy products include soy flour, tofu, soy beverages, soybean oil and other products that may include pastries, baked products and edible oil. Hamsters fed with GM soy were unable to have offspring and suffered a high mortality rate.

    http://www.naturalnews.com/035734_GMOs_foods_dangers.html

    ReplyDelete
  9. mohon copy ini utk dijadikan koleksi tazkirah ye

    ReplyDelete
  10. mohon copy ye utk koleksi tazkirah

    ReplyDelete
  11. HOI ANON2 TU PON NK JD MSALAH KE?? XPERLU PERSOALKAN RASANYA.. -.-' MMG KAJIAN PON ADA MGATAKAN SOYA XBAGUS UNTUK KEJANTANAN LELAKI.

    ReplyDelete
  12. HA LG 1.. TGK CERITA OMPUTIH PON BOLEH TAU LA.. STAIP PAGI MSTI DORG TELAN KOPI.. N KLU KORG GI LUAR NGARA TGK PROF2 KT UNIVERSITI MSTI MINUM KOPI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omputih memg telan kopi..betol tu prof2 omputih mreka telan kopi tanpa gula..sebb tu diorg xkenba kencing manih..:-)

      Delete
  13. Apa yg dikatakan mengenai soya itu sememangnya benar.Ianya tidak baik untuk tenaga batin.

    ReplyDelete
  14. Soya sememangnya tidak baik untuk tenaga batin tetapi ramai yg belum tahu.

    ReplyDelete
  15. Setuju pasal minum kopi..mana ade citer omputih deme minum soya...minum susu Dan kopi Ade le..yg org kita sebok nak minum soya. Bagus katanya..heerrrmmm

    ReplyDelete
  16. Kopi ada ke masa nabi muhammad saw masih hidup?, baca sejarah btul2 sblom membuat kesimpulan. tanye soalan, siapa umat islam pertama yg menemui kopi. Hadith pon takde sebut pasal kopi. Al-quran pon takde sebut kopi. Dulu, ramai orang buat hadith palsu untuk untuk kepentingan diri sendiri. Benda yang bukan sunnah jgn disebut sunnah. Kesimpulannya, Minta maaf teguran kalau terlalu keras dan direct Sbb kita dah dah lupa pesanan terakhir nabi muhammad saw sebelum dia meninggalkan dunia. Walaubagaimanapun tidak dinafikan kopi digunakan oleh ahli sufi islam terdahulu untuk tujuan menghilangkan ngantuk, Bukanlah sunnah nabi saw.

    ReplyDelete
  17. sape2 yang rase kopi tu bukan sunnah nabi bagilah dalil yg sahih sebb jika sesuatu perkara tidak disebutkan dalam hadits hukumya adalah harus, termasuklah minum kopi. xkanlah al-quran dan hadits nak sebut satu2 nama makanan dalam quran or hadits baru nk ikot. contoh; air coke xbagus di munum dan telah pn fatwa haram dikeluarkan ke atas air coke tp name coke xmsk pn dalam Quran mahupun hadits. wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukannya kita nak bagi hukum minum kopi ni. Yang jadi persoalan hanyalah kesahihan sunah yang disebutkan.

      Kopi ni bukannya haram jadi kalau ianya bukan sunah tak menjadi masalah pun..

      Delete
    2. Kamu memang bebal. Apabila mengatakan sunnah maka kena dibuktikan dengan dalil. Tidak boleh main secara umum. Memang kopi harus, tetapi mengatakan ia sunnah mestilah kena dibawa dalil yang sahih atau hasan

      Salahuddin

      Delete
  18. Masalahnya sekarang bukan kopi atau daging kambing. Yang ingin diminta penjelasan ialah pada SUMBER YANG MENGATAKAN meminum dan memakan KOPI DAN DAGING KAMBING adalah sunnah nabi. Mohon penjelasan yang telus saudara ...

    ReplyDelete
  19. Kewafatan Rasulullah S.A.W.: - Pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijrah = 8 Jun 632 Masihi

    The most important of the early writers on coffee was Abd al-Qadir al-Jaziri, who in 1587 compiled a work tracing the history and legal controversies of coffee entitled Umdat al safwa fi hill al-qahwa عمدة الصفوة في حل القهوة.[11][12] He reported that one Sheikh, Jamal-al-Din al-Dhabhani (d. 1470), mufti of Aden, was the first to adopt the use of coffee (circa 1454).

    *Kopi mula digunakan pada 1454 Masihi.

    Sumber wikipedia. Kalau rasa ada sumber lain, boleh tunjukkan. Wallahu'allam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber wikipedia tak telus. perlu ada sumber lain.

      Delete
  20. sepatut nye, hamba-Allah yang kate kopi ni sunnah nabi la yang patut bagi dalil yang sahih. sebab untuk pembaca yang masih belum tahu, diorang patut tahu dengan lengkap termasuk lah hadis sahih..

    ReplyDelete
  21. artikel ini karut dan menyesatkan. Mungkin bukan tulisan seorang muslim (zindiq)yang ingin menyelitkan kekarutan dalam diri umat islam

    Salahuddin

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg agak karut tp mungkin mmg tulisan seorang muslim yg bersemangat tinggi tp kurang pendidikan atau ilmu dalam penyelidikan. jadi suma org jgnlah percaya bulat2 smp ada sape2 yg boleh kemukakan dalil yg sahih. tnyalah mana2 ustaz, jgn bertaklid.

      Delete
    2. Kau islam ke

      Delete
  22. Mohon dalil minum kopi itu sunnah. ~Syafieeqah Hlf

    ReplyDelete
  23. pelik tgk umat islam ni, pasal makanan dan minuman pun nak dipertikaikan, kenapa ye suka sangat setiap benda adalah ciptaan orang putih sedangkan dari zaman nabi semuanya dah wujud termasuk keju. sebab tu la islam tertinggal walhal ciptaan2 agung termasuk ilmu sains dari zaman islam lagi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails