Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Thursday, March 15, 2012

Hak Badan Dan Tips Tidur Dari Rasulullah SAW

Hak Badan Dan Tips Tidur Dari Rasulullah SAW
Sebagai umat Islam dan manusia normal, kita perlu memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badan kita untuk berehat setelah seharian bekerja serta melakukan pelbagai aktiviti yang meletihkan.
Tidur dan merehatkan badan merupakan satu tuntutan di dalam Islam sebagaimana yang diceritakan di dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim;
“Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
“Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk, hendaklah tidur,”.
Begitulah Islam menggambarkan betapa pentingnya tidur dan hak menjaga tubuh badan bagi seseorang muslim.
Selain itu, Rasulullah SAW turut memberikan tips dan adab tidur kepada umatnya, membayangkan bahawa Islam sebagai agama yang syumul serta kaya dengan ketertiban akhlak.
Sahabat baginda, Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasullah SAW telah bersabda yang mafhumnya;
“Apabila seseorang kamu datang ke tempat tidurnya (hendak tidur), hendaklah dikibaskannya dengan hujung kainnya tiga kali dan hendaklah dibacanya:
“Dengan nama Engkau Ya Tuhan, aku rebahkan rusukku (tidur) dan dengan nama Engkau aku angkat (bangun). Jika engkau ambil jiwaku, hendaklah Engkau ampuni dan jika Engkau lepaskan (kembalikan) hendaklah Engkau pelihara sebagaimana engkau memelihara hamba-hamba Engkau yang soleh,” – Riwayat Imam Muslim.
Dari hadis berkenaan, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk mengibaskan kain (cadar) atau tikar (pelapik tempat tidur) sebanyak tiga kali sebelum merebahkan badan bagi menghindar sebarang kekotoran atau benda yang memudaratkan seperti paku, jarum dan sebagainya dari terkena tubuh ketika tidur.
Umat Islam juga disunatkan untuk membaca doa sebelum tidur memandangkan kita tidak sedar tentang apa yang berlaku terhadap diri dan tubuh badan kita ketika tidur serta hendaklah berserah tawakkal kepada Allah SWT sepanjang lena kita.
Begitulah Islam, sebuah agama suci yang lengkap peradabannya dan sempurna muamalah hidupnya agar menjadi amalan seharian kepada ummah sehingga ke hari kiamat, wallahua’alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails