Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Monday, November 7, 2011

GOLONGAN YANG DIMAKBULKAN DOA MEREKA

1) Orang yang berada dalam kesusahan:-
“Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati.” (an-Naml:62)

2) Anak soleh yang taat kepada ibu bapa:-
Diriwayatkan daripada Umar r.a, bahawa baginda pernah berkata mengenai Uwais bin ‘Amir: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Akan datang kepada kamu Uwais bersama rombongan dari Yaman. Dia pernah ditimpa sopak lalu dia sembuh melainkan satu tempat sebesar wang satu dirham. Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah S.W.T akan memakbulkan, jika boleh, kamu mintalah kepadanya agar didoakan bagi kamu.” (Riwayat Ahmad)

3) Ibu bapa kepada anak dan orang bermusafir:-
Nabi s.a.w bersabda melalui hadis bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud)

4) Orang yang berpuasa hingga berbuka dan pemimpin yang adil:-
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu doa seorang yang berpuasa hingga dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Doa-doa mereka itu diangkat Allah ke atas awan, lalu dibuka pintu-pintu langit, Allah s.w.t akan berfirman: Demi kemulian-Ku, Aku akan menolongmu…” (Riwayat Tirmidzi)

5) Orang dizalimi:-
Nabi s.a.w bersabda kepada Muaz bin Jabal r.a ketika mengutusnya ke Yaman: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah S.W.T.” (Riwayat al-Bukhari)

6) Doa seseorang muslim buat saudaranya tanpa diketahuinya:-
Umm Darda’ r.a meriwayatkan hadis, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya di belakangnya (tanpa pengetahuannya), maka malaikat yang diwakilkan kepadanya akan berkata, amin dan bagimu sama dengan apa yang kamu mohonkan itu.

3 comments:

  1. mohon saya selitkan disini. walaupun soalan saya tidak kena mengena dengan artikel diatas.

    dulu saya pernah bermimpi, masuk ke suatu kawasan yang tdk saya kenal atau tahu, dan di pesisiran jalan itu saya ternampak berderet orang laki2 yang memakai jubah dan serban/kopiah dan diatas laki2 itu adlah perempuan yang memakai jubah dan burqa melakukan maksiat,

    lalu saya truskan perjlanan saya dan sya dapati say brada didalam dewan yang sesak dgn org memakai baju putih berserban dan berjubah berzikir sambil terlompat lompat.
    saya teruskan perjalanan saya, sya dapati saya memegang tangan ibu saya dan saya berada di tempat yg saya kenali, lalu kami melintas jalan, tetapi saya yang melintas dahulu sambil dibimbing oleh orang yang saya tidak kenali. apakah maksudnya.

    saya mimpi ini sewaktu 5 tahun lalu dan sampai sekarang saya tidak tahu maksudnya.

    ReplyDelete
  2. maksud nya anda sedang mimpi merepek2 sbb
    tak basuh kaki,
    tak ambik wuduk sblom tidur,
    tak baca surah 3kul,
    tak baca ayat kursi,
    tak baca doa sebelum tidur
    tak baca surah almulk/sajadah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails