Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Friday, October 21, 2011

KATA LELAKI – WANITA ITU LEMAH

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

Besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan
kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan
bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah
sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di
subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata
sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...

di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di
dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai
di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan
anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang
berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di
jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap
lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan
membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan
laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai
layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar
mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti
tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita
sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera
dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin
menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera
bangkit
Meminta lelaki jangan lagi
memperlakukan wanita mengikut adab
tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga
anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus
dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan....

1 comment:

  1. salam al'yak

    disini bukanla maksud lelaki bahawa perempuan itu lemah.jika dibaca secara terus seperti semua lelaki "memperguna" kudrat wanita dalam hal rumah tangga.

    dimana lelaki?
    lelaki yang cintakan wanita "isterinya" tidak sanggup melihat berkerja keras diluar SANA.

    kerja di siang hari.sebagai seorang tukang rumah.bermandi peluh.berjemur dipanas terik.semata2 untuk keluarga tercinta terutama untuk WANITA.
    T_T wanita dan lelaki harus berganding bahu untuk teruskan hidup bersama bukan untuk mengata dn melayan ego sesama pasangan.

    hamba "cetek ilmu"
    maaf bnyak kekurang dalam pendapat sye

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails