Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Monday, February 21, 2011

Hai hati..kenapalah susah betul menjaganya?

 Email dari Nurul Nadiah Mansor

Sabda Rasulullah s.a.w;
" Ketahuilah , bahawa di dalam jasad terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasad itu, dan bila ia rusak maka rusaklah pula seluruh jasad. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah darah"
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim; Hadith 6 dr Hadtih 40 Imam Nawawi]

Ya, hati ini..sukar sungguh menjaganya,
Sukar benar mengekalkan kesuciannya,
Tambahan pula pabila bisikan syaitan meniup ke telinga,
Makin membara PENYAKIT di dalam jiwa,
Sehingga kadang kala ia ternampak jelas terang di pandang mata dan didengari telinga,
Ya Allah...begetar tubuhku..
Gugur airmataku...
Tatkala melihat diri ini mahupun diri saudaraku dimamah penyakit yang merbahaya ini sedikit demi sedikit..
Keindahan akan hilang begitu sahaja tatkala diri ini dimakan PENYAKIT HATI....
kesucian persahabatan,kasih sayang sesama saudara,ukhwah yang dibina,keutuhan hubungan kekeluargaan,
bagaikan bole direntap , di buang dan di pijak pijak begitu sahaja dari diri si pembina..aku tak rela itu semua berlaku...
Ya Allah...hilangkan dan lenyapkan ini semua dr hati ku dan hati mereka...
Ujub, Takbur , Riak, Amarah , Benci, Hasad Dengki etc...
itu semua hanyalah antara mainan syaitan saudaraku..
Yang mahu menyesatkan jiwa manusia,
Yang mahu kita memalingkan diri dr suruhanNya..
Maafkan aku ya Allah..andai diri ini pernah terbabas..
Ampunkan aku andaikata diri ini pernah tergelincir seketika dr landasan agamaMU yang sebenar...
ketika melawan dugaan yang tak pernah ku duga selama ini...
Akan ku gagahkan diri..besabar di atas segalanya..
Rendah rasanya diriku pabila aku teringat akan kebesaranMu....
Luluh hati ini melihatkan banyaknya nikmat yang Engkau kurniakan padaku..
kerana..
Kurang benar diri ini  bersyukur
Kurang benar diri ini  bersabar keranaMu
kurang benar diri ini memikirkan kebesaranMu..
Sehinggakan kadangkala diri ini terbabas di pandu riak...
meletus di kuasai amarah..
tersungkur dimamah kebencian dalam jiwa..
Ampunkan diriku ini Ya Allah..
Maafkan diriku di atas kekuranganku ini...
Sungguh aku tidak pernah merelakan ia bersarang di hati ku..
Hanya redhaMU..hanya cintaMU yang aku harapkan..
Maafkan aku Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang

Saudaraku,
Mari kita jaga hati itu..
Jangan biarkan ia hitam dek kerana penyakitnya,
Jangan biarkan ia memusnahkan keindahan yang kita bina kerana Dia..
Pada yang terkena, mohon kekuatan drNya agar ditingkatkan kesabaran dan keimanan didalam jiwa..
Pada yang mengena pula, pohonlah ampunan drNya,agar diberi kekuatan melawan nafsu diri..
Marilah saudaraku kita sama - sama mencari jalan membersihkan jiwa , memalut luka agar ia sembuh, agar ia pulih kerana kukuhnya cinta kita pada Yang Maha Esa..dalam meraih cintaNya yang hakiki..
InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails