Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Tuesday, June 22, 2010

Lima Belas Maksiat Yang Mengundang Bala

Maksud hadis
"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda:

"Apabila umatku telah membuat lima belas pekara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar kepada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami yang menuruti kehendak isteri.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis disanjung (menjadi pujaan).
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain." H.R. Tarmizi.

Dipetik daripada buku 40 hadis Peristiwa Akhir Zaman, Siri Pertama, susunan : Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi.

6 comments:

  1. Salam,
    "8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid."
    maksudnya apa? Harap dapat beri pencerahan.

    ReplyDelete
  2. maknanya ada pergaduhan/pertengkaran di dalam masjid. bersembang dengan nada suara yg tinggi juga boleh dimaksudkan melalui no 8 tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cmna pulak dengan ceramah politik didalam masjid menghentam sesama umat Islam, hanya puaknya sahaja yang betul!!?...

      Delete
  3. Kekalkan keindahan, keharmonian, sunnah Nabi saw dan amaran Allah didalam blog ini. Terlalu banyak blog-blog masa kini yg berunsur keislaman tetapi pada masa yg sama bercampur unsur dosa, maksiat dan politik. Fokus kita hanya satu: Membimbing mereka yg sudi dibimbing di dunia dan akhirat. Kita sekarang umat akhir zaman. Umur dunia dah semakin singkat. Mari kita berhijrah dan berubah.

    ReplyDelete
  4. Jangan salah faham. Dari Nabi2 terdahulu hingga Muhammad (s.a.w), politik adalah landasan utama untuk perkembangan aqidah. Musa dengan kuasa politik membawa umatnya keluar dari Mesir, begitu juga Nabi2 lain. Kalau anda melihat Hadith2 Nabi tentang Mekah dan Madinah, hampir semuanya berkisar tentang politik akan datang, bahkan Dajjal akan kalah bila dia masuk ke Madinah, yang mana dia diburu oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Imam Mahdi dan akhirnya dibunuh di Bab Luk di Tel Eviv sekarang ini oleh Isa (a.s). Perlu difahami, Amerika akan tenggelam, ditenggelamkan oleh Israel sendiri yang pada masa itu mencapai puncak kejayaan. Semua sekarang sedang bergerak ke arah itu. Saya berani kata, kalau anda mengenepikan politik Islam anda akan teraba-raba mencari identiti sendiri dan anda selamanya akan dikuasai musuh. Kenapa anda terlalu takut dipimpin oleh para ulamak, sedangkan berapa banyak kemungkaran yang berlaku sekarang ini dibawah pimpinan para sekuler, yang sentiasa membucitkan perut. Sepatutnya anda berterima kasih kerana sentiasa menyumbangkan 20sen setiap liter petrol dan disel dan diwar-warkan sekarang dengan satu slogan, kenaikan harga gula demi menyelamatkan rakyat daripada terkena kencing manis; samalah juga slogan salah seorang Menteri Besar sedikit masa dulu, menaikkan cukai arak dan rokok untuk menyelamatkan rakyat dari penyakit. Itulah sikap teraba-raba yang mengenepikan cahaya Islam.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails