Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Friday, June 11, 2010

Apakah Hukum Mencabut Uban?

Oleh : Shibli

Ramai manusia zaman sekarang sangat suka mencabut uban atau rambut yang sudah menjadi warna keputihan tanpa mengetahui hukumnya. Ramai juga yang tidak tahu langsung tentang hukum mencabut uban. Dengan sedikit rujukan dan kajian, saya sediakan jawapannya di bawah ini.

"Janganlah engkau semua mencabuti uban, sebab uban itu adalah merupakan cahaya seorang Muslim pada hari kiamat." Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi serta Nasa'i dengan isnad-isnad yang bagus. Imam Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.


Jawapan Tambahan :


Makruh mencabut uban ataupun janggut yang beruban dan makruh membakarnya dengan api ataupun sebagainya supaya nampak seperti orang yang sudah tua. (Mughni al-Muhtaj, kitab al-udhiyyah fasal fi al-aqiqah: 4/374)

Larangan mencabut uban ini telah disebutkan dalam hadis daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang daripada mencabut uban (kepala atau janggut) dan Baginda bersabda: “Sesungguhnya uban itu cahaya orang muslim.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Hadis yang lain, daripada ‘Amr bin Syu‘aib daripada ayahnya daripada neneknya berkata yang maksudnya :



Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Jangan kamu cabut uban. Tiada daripada seorang muslim beruban dengan satu uban di dalam Islam, berkata Musaddad (periwayat) daripada Sufyan: “Melainkan bagi uban itu cahaya di hari qiamat.” Sementara katanya (periwayat) dalam hadis Yahya: “Melainkan Allah menulis baginya dengan sehelai uban itu satu kebajikan dan menggugurkan daripadanya (orang itu) dengan sehelai uban itu satu kesalahan.”
(Hadis riwayat Abu Daud).



Nota : Oleh itu seelok-eloknya tidak perlu lah anda mencabut uban :)


Wassalam.

18 comments:

  1. saya seorang remaja dan saya malu memliki uban di rambut..kalau saya cabut,apakah hukumnya?

    ReplyDelete
  2. uban gatal la... huhu..

    ReplyDelete
  3. salam.apa pembahasan bg hadis di atas?Apakah dilarang mencabut uban itu kerana bersebab?jika ade,sila maklumkan..:)

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk informasi yg d share kan ^^

    ReplyDelete
  5. ya jika dilarang knapa harus di cabut jika taroh ada penyakit ato gatal dikatakan itu , menebus kesalahan untuk 1 helai rambut, jd apa yg akan diperbuat tergantung mau anda" gimana termasuk yg sabar menerima cobaan ato tidak itu saja. twew

    ReplyDelete
    Replies
    1. sefaham sy,makruh dicabut,tidak berdosa.jika rasa gatal dan mengganggu,boleh saja dicabut.tiada masalah.allah knows best.

      Delete
  6. sefaham sy,maksudnya adalah makruh,tidak berdosa jika dicabut.namun,sekiranya menimbulkan kegatalan di kepala,maka tidak mengapa dicabut.allah knows best.

    ReplyDelete
  7. Uban gatal ke? Nenek ngan bapak aku uban satu kepala, tak pernah pulak aku nengok dia tergaru2 24jam.

    Alasan nak nampak muda ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesetengah org gatal bile ad uban wlaupun xsmpai 10 helai

      Delete
  8. cuba la dgr ustaz adzar ckp..tgk kt youtube kat c2 ade jawapan...

    ReplyDelete
  9. Jangan cabut uban - http://lenggangkangkung-my.blogspot.sg/2011/04/uban.html

    ReplyDelete
  10. Kasian ibu saya ,kalau tidak dicabut ubannya kepalanya akan gatal :(
    Sekarang aku harus ngomong apa sma ibu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails