Oleh Azam Nur Abd Halim
Alhamdulillah, masyarakat Islam setempat kian mengambil berat akan ibadat qurban. Ini merupakan titik tolak bahawa sifat penyayang dan prihatin terhadap saudara islam yg lain masih wujud dlm hati sanubari masyarakat kita.
Cuma apa yg perlu kita pertingkatkan ialah keperluan memperbetulkan niat dlm melaksanakannya agar tidak dicemari dgn perasaan sombong akan kemampuan kita.
Suatu sikap yg perlu dikikis oleh sebahagian besar masyarakat kita ialah berlumba-lumba meramaikan majlis sembelihan qurban dgn harapan membawa pulang bungkusan daging bukannya membawa pulang semangat dan roh persaudaraan islam.
Walaupun amalan biasa yang kita laksanakan dgn mengagihkan daging qurban kpd orang miskin, jiran atau dimakan sendiri bersama keluarga tidak menjadi kesalahan, namun menyalurkan kesemua kpd saudara seagama kita yg betul-betul kebuluran amalan yg lebih afdhal dan mulia serta mendapat lebih keredhaan Allah S.W.T oleh itu sama-samalah kita nikmati keberkatan-Nya dengan memahami dan menghayati amalan ibadah qurban yg sebenarnya.
Semoga ibadah qurban tahun ini dapat memberi erti yg mendalam pada diri kita semua.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1433H.'Qurban For Life' (Q4L)
ya, selamat hari raya Aidiladha juga. Thanks.
ReplyDelete