ALLAH
berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu ialah satu ketetapan
yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”
(Surah al-Nisa’, ayat 103)
Semua
amal ibadat manusia disukai dan diterima oleh Allah. Ibadat adalah
jambatan menghubungkan manusia dengan Penciptanya. Hasil pelaksanaan
ibadat dapat meningkatkan darjat ketakwaan ke hadrat Allah di samping
menggilap kualiti jiwa kemanusiaannya.
Semakin
baik dan ikhlas ibadat seseorang Muslim, maka semakin dekat hatinya
kepada Allah dan semakin baik hubungannya sesama manusia.
Petikan
al-Quran: Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu
mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya
mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. – Surah
al-Ankabut, Ayat 45
Untuk
berhubung secara terus dengan Allah tidak memerlukan sebarang alat
komunikasi canggih, memadailah seorang Muslim bermunajat pada bila-bila
masa dan di mana juga melalui ibadat solat. Solat itu tiang agama dan
kemuncak nilai atau etika kehidupan Muslim.
Rasulullah
menganjurkan umatnya melaksanakan ibadat solat tepat pada waktunya.
Baginda SAW pernah ditanya oleh Ibnu Mas’ud: “Apakah amalan yang paling
afdal? Jawab Baginda: Menunaikan solat tepat ada waktunya. Kemudian Ibnu
Mas’ud bertanya lagi:
Selepas
itu, apa pula? Jawab Baginda: Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.
Akhirnya Rasulullah ditanya lagi: Kemudian, apa lagi? Ujar Baginda:
Berjihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Bukhari)
Antara
hikmah solat ialah mendidik umat hidup dengan budaya ‘tepat pada
waktunya’ sekali gus menggambarkan pentingnya masa dalam kehidupan
seorang Muslim. Di samping itu, ibadat solat juga melatih umat hidup
secara tertib dan berperaturan.
Fungsi solat juga sebagai penawar ketenangan hati di samping membersihkan jiwa dan raga daripada sebarang kekotoran.
Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat adalah penyejuk mata hati Baginda.
Kesan
yang paling besar terhasil daripada pelaksanaan ibadat solat dengan
penuh khusyuk dan ikhlas, ia berupaya menghalang seseorang Muslim
daripada keinginan melakukan kemungkaran, baik tindakan mahupun
perkataan.
Allah
berfirman yang bermaksud: “Dan dirikanlah solat (dengan tekun),
sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan
mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya
dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)
Firman
ini secara jelas menegaskan solat penawar atau jalan penyelesaian ampuh
untuk mencegah amalan tidak bermoral dan jenayah yang membarah dalam
kehidupan manusia sejagat. Dalam erti kata lain, ibadat solat tonggak
mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup umat Islam.
Sesaat
seorang hamba Allah berdiri tegak menunaikan ibadat solat, dia tidak
boleh menoleh ke kanan mahupun kiri melainkan meluruskan pandangan
wajahnya ke arah tempat sujud.
Mereka
juga terikat dengan ikrar dibaca dalam solat, inilah solatku dan
ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu ya Allah Tuhan sekalian
alam.
Ibadat
solat jika dilaksanakan dengan sempurna dan ikhlas akan memantulkan
ketenangan hati, keimanan mapan dan ketrampilan akhlak yang terpuji.
Masa kat sekolah dulu, lelaki yang feymes ni biasanya adalah lelaki yang periang n kelakar, tapi kalau sampai tahap annoying jadi menyampah plk kn? haha
ReplyDeleteDi sini juga ada doa >>
Doa Pengasih, Pelembut Hati Suami Isteri Anak dan Sesiapa Sahaja