Sesiapa mempunyai artikel yang best serta bersesuaian mengenai Islam yang mahu disiarkan di sini beserta nama anda, sila emailkan kepada admin@loveloveislam.com

We Love Islam Followers

NoAds!"Love Love Islam" adalah sebuah blog non-commercial. Tiada Iklan. Blog ini diwujudkan untuk berdakwah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Promosi dan iklankanlah "Love Love Islam" di blog anda atau di mana sahaja dengan niat untuk berdakwah. Terima Kasih. - Admin Love Love Islam

Friday, December 10, 2010

"MELIMPAH RUAHNYA GANJARAN ALLAH"

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261:

" Bandingan (derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( kurnianya ) lagi Maha Mengetahui"

Berdasarkan kepada ayat di atas, satu amal kebajikan yang dilakukan oleh seorang hamba dengan syarat bahawa amalan itu sah dari sudut syara', mengikut syarat dan rukunnya, serta ikhlas kerana Allah s.w.t akan diberikan ganjaran paling minima dengan 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda, malahan lebih daripada itu dengan izin Allah. Sebagai contohnya mereka yang melakukan ibadat di Masjidil Haram Makkah akan diganjar dengan 100,000 ganjaran.

Manakala orang yang dapat beramal di malam qadar pada bulan Ramadhan diberi oleh Allah dengan pahala yang lebih baik dari seribu bulan. Begitu juga orang yang membaca al-Quran, akan diganjar dengan 10 kebajikan pada setiap huruf yang yang dibunyikan.

Rasulullah s.a.w telah bersabda:

" Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah ( Al-Quran ), maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu akan digandakan menjadi sepuloh yang seumpamanya. Tidaklah aku mengatakan mengatakan Alif Lam mim itu satu huruf , tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huru f"

(Riwayat At-Tarmizi )

Selain dari itu niat ketika beribadat adalah satu syarat kepada penerimaan amal ibadat mengikut Mazhab Imam As-Syafie. Niat adalah pembeza antara adat dan ibadat. Nabi s.a.w telah bersabda:

" Hanya sesungguhnya amalan itu dengan niat dan bagi setiap orang apa yang dia niat "

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kadangkala niat yang baik sahaja pun sudah ada ganjaran apatah lagi jika disusuli dengan amalan. Rasulullah s.a.w bersabda:

" Niat seorang mukmin lebih baik dari amalannya "

Memberi tunjuk ajar kepada orang lain atau menunjukkan jalan yang baik supaya dia dapat melakukannya juga mendapat ganjaran sebagaimana orang yang melakukannya. Nabi bersabda:

" Orang yang menunjukkan seseorang kepada kebaikan adalah seperti mengerjakannya "

Iktikaf di dalam masjid misalnya tidak semestinya melakukan sesuatu amalan baru mendapat ganjaran. Apabila seseorang itu masuk ke masjid dan berniat iktikaf lalu dia duduk berdiam diri pun sudah berhasil mendapat pahala kerana dikira sebagai beriktikaf.

Dari Ibnu Abbas r.a : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda mengenai riwayat yang baginda terima dari Allah Azza wajalla: Sesungguhnya Allah S.W T telah menetapkan beberapa kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal itu. Maka barangsiapa berniat untuk melakukan satu kebaikan, namun dia belum/tidak dapat melaksanakannya, maka Allah telah menuliskan satu kebaikan penuh disisinya.

Tetapi barangsiapa berniat melakukan satu amal kebaikan lalu ia melaksanakannya maka Allah akan menuliskan 10 kali ganjaran kebaikan hingga sampai 700 kali kebaikan, bahkan berlipat ganda yang banyak sekali di sisinya.

Dan barangsiapa berniat melakukan satu kejahatan, namun dia belum/tidak dapat melakukannya maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan yang penuh kepadanya. Tetapi jika dia berniat melakukan satu amal kejahatan lalu dia melakukannya, maka Allah mencatatnya satu keburukan satu keburukan padanya"

(Buhkari dan Muslim)

Setiap manusia ada malaikat yang mencatat amal kebaikan dan kejahatan. Apabila manusia itu mati, malaikat yang mencatat amalan manusia akan diperintah oleh Allah s.w.t supaya berdiri diatas kubur si mati untuk bertasbih, bertahmid dan bertakbir dan menuliskan pahalanya kepada simati.

Sabda Rasulullah s.a.w:

" Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat ( kiri dan kanan) untuk menulis segala apa yang dilakukan oleh hambanya. Kemudian apabila orang itu mati, maka Allah perintahkan kepada kedua malaikat itu dengan firmannya: " Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaku, maka hendaklah kamu bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepadaku sehingga hari Kiamat dan tuliskan apa yang diucapkan itu sebagai pahala untuk hambaku "

( Riwayat At-Tabrani)

Pada satu athar ada disebutkan bahawa kedua malaikat itu melaknat simati sehingga hari Kiamat jika mayat itu kafir.

Begitu juga jika seseorang yang sentiasa beramal kebaikan lalu ia sakit dan tidak dapat melakukan amalan sebagaimana biasa maka Allah akan memberikan pahala walau ia tidak melakukannya. Ini dijelaskan oleh nabi dalam hadisnya:

Dari Anas r.a, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: " Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan satu bencana pada tubuhnya, maka Allah berfirman kepada malaikat penulis amalannya: " Tulislah juga untuknya amalan-amalan solih yang biasa ia lakukan, kemudian jika Allah sembuhkannya dari penyakit itu maka bersihkan dan sucikan dari dosanya. Jika sekiranya dia mati maka allah akan ampunkan dosanya dan memberi rahmat kepadanya"

( Ibnu Abi syaibah, Imam Ahmad dan Baihaki)

Bangunlah! Bertahajudlah!

Oleh : muhamad agus syafii

Teman, Bangunlah! Bertahajudlah! Merapatkan kaki disisi Allah pada pertengahan malam. Tidak ada seorangpun mengetahui kecuali Allah. Air mata mengalir membasahi pipi dan mencuci bersih hati yang terkotori.

Berlindung dan berharap kepada Allah memenuhi segala kebutuhan mendambakan ridha Allah meridhai kita dengan kilauan cahaya disetiap wajah, anggota tubuh, istiqomah dalam beramal, ikhlas dalam hati dan senantiasa berpikir positif.

Nikmatilah! sholat malam melebihi dalam tidur lelap, sholat malam menjadikan berarti dalam hidup kita sebagai amal yang konsisten. Bahkan menjadi bagian yang tak terpisahkan. jadikan hati senantiasa gelisah karena merindukan sholat malam dan senang menyambut malam karena berdiri dihadapan Allah dengan tenang dan khusyuk.

Teman, hidupkanlah malam dengan tahajud dan berdzikir kepada Allah. Allah menggambarkan dengan indahnya bagi hamba-hambaNya yang senantiasa menunaikan sholat tahajud. 'Orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami adalah yang apabila diingatkan dengannya mereka tersungkur sujud, bertasbih, memuji Tuhan, serta tidak menyombongkan diri. Lambung mereka jauh dari tempat tidur mereka.' (QS. Al-Sajadah : 15-16).

Tahajud Yuk!

Thursday, December 9, 2010

Adab Minum Rasulullah S.A.W

Oleh : Markisa Razak

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.

Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :

1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
9. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain, Hadis menyatakan bahawasaki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.

Perhiasan yang diharamkan dalam Islam

Perhiasan disini adalah umum termasuklah pakaian, barang hiasan, barang kecantikan dan seumpama dengannya.

Firman Allah swt “ Wahai manusia ambillah perhiasan kamu setiap kali kamu ke masjid dan makan serta minumlah dan jangan melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas.” Ayat 31 surah al-A;raf

1.Dilarang perhiasan diperbuat dari Bekas emas dan perak.

Nabi saw bersabda “ Sesiapa yang minum dari bekas emas dan perak, sesungguhnya akan berpusing2 api neraka dalam perutnya.” Hr Bukhari dan Muslim.Dikecualikan barang kemas utk perempuan, cinicin perak untuk lelaki untuk keperluan dan emas perak yang menggantikan anggota seperti gigi emas.

2. DilarangMemakai sutera bagi lelaki.

“ Sesungguhnya kedua benda ini untuk lelaki dan harus kepada perempuannya.” Hr Tirmizi 4057.

3.Dilarang Melabuhkan pakian dengan sombong.

“ Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan maka neraka tempatnya.” Hr Bukhari.

4.Dilarang Patung dan perhiasan yang bergambar manusia atau haiwan .

Hadis Nabi saw “Sesungguhnya azab yang paling dahsyat adalah orang yang membuat gambar dan patung.” Hr Bukhari 5950

5.Dilarang Penipuan dan pengubahan seperti menghitamkan rambut, renggang gigi, tatu, sambung rambut dll.

Nabi saw bersabda: “Allah melaknat pembuat tatu dan orang yang dibuat tatu, orang yang dicukur keningnya, orang yang merenggang gigi yang mengubah ciptaan Allah swt.” Hr Bukhari dan 5931 dan Muslim 2122
Nabi berkata kepada Abu Bakar yang beruban rambut dan janggutnya “Ubah warna rambut ini dan jauhi dari warna hitam.” Hr Muslim 2102
Dilarang mencukur janggut (haram bagi jumhur dan makruh bagi mazhab syafie)

6.Dilarang Menyerupai lelaki dan perempuan.

Nabi saw bersabda “ Rasulullah saw melaknat lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.” Hr Bukhari 5886.

7.Dilarang Menyerupai orang kafir dan jahat.

Nabi saw bersabda “ Siapa yang menyerupai satu kaum maka dia tergolong dari mereka.” (Hr Abu Daud).

Beruntunglah Kita Yang Mensucikan Jiwanya!

Oleh : muhamad agus syafii

Kita sebagai khalifah Allah dilengkapi dengan pelbagai kelebihan, tetapi sebagai hamba Allah, ia juga memiliki berbagai kelemahan. Disamping potensi untuk kebaikan, pada diri kita juga terdapat potensi yang menjerumuskanya ke lembah kehinaan.

Di satu sisi, kita sebagai manusia memiliki fitrah berketuhanan seperti yang disebut dalam surat ar Rum/ 30: 30 yang menyebabkan ia rindu untuk mendekatkan diri (taqarrub dan taraqqi) kepada Allah, tetapi pada sisi yang lain ,manusia memiliki hawa nafsu yang cenderung suka mengejar kenikmatan sesaat yang sifatnya rendah yang jika diturut, akan menjauhkan hubungan manusia itu dengan Nya.

Dalam surat Ali Imran 14 disebutkan bahwa manusia memiliki kecenderungan untuk mengikuti dorongan syahwatnya manyangkut wanita, anak-anak, perhiasan emas perak, kendaraan, ternak dan tanah ladang. Kesemua hal tersebut bagi manusia mengandung makna kenikmatan, kebanggaan dan manfaat, dan kesemuanya itu merupakan harta yang bersifat duniawi.

Salah satu penghambat hubungan manusia dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah cinta harta atau hubb ad dunya, mencintai hal-hal yang berskala dekat. Untuk mendekat kepada Allah, terlebih dahulu manusia harus bersih jiwanya, dan cinta harta merupakan salah satu daki yang mengotori jiwanya itu.

Salah satu bentuk sifat orang yang cinta harta adalah kikir, dan ia benar-benar merusak jiwa manakala dipatuhi, seperti yang dikatakan dalam hadis Nabi Riwayat Tabrani bahwa satu dari tiga hal yang merusak manusia adalah sifat kikir yang dipatuhi .

Oleh karena itu metode melawan kekikiran adalah tidak mematuhinya yakni dengan cara mengeluarkan sebagian hartanya untuk sadaqah, meski hawa nafsunya menyuruh yang sebaliknya. Perlawanan terus menerus terhadap sifat kikir itu merupakan proses tazkiyyah, dan karena kuatnya pengaruh hawa nafsu maka Al-Qur'an mengisyaratkan perlunya campur tangan kekuasaan untuk melakukan perlawanan terhadap sifat kikir manusia dalam bentuk perintah mengambil zakat bagi yang sudah berkewajiban seperti yang disebut dalam surat at Taubah/9:103 Alqur'an sangat konsisten dalam menganjurkan pengeluaran harta, baik yang diwajibkan (zakat) maupun yang dianjurkan (sedekah), sampai nafs yang sudah tercemar dapat kembali menjadi nafs zakiyyah, seperti pendapat Abu Amr Ibn al A'la yang dikutip oleh ar Razi, yakni nafs yang tidak lagi terbelenggu oleh dorongan-dorongan syahwat.

Apa yang dilakukan oleh Abu Bakar Siddik ketika beliau mengeluarkan harta untuk membebaskan Bilal, seorang budak muslim yang sedang disiksa oleh majikannya karena keislamannya dipandang sebagai perwujudan dari jiwa yang sudah bersih. Seperti yang banyak disebut oleh para mufassir bahwa turunnya surat al Lail/95:18 - adalah berkenaan dengan perbuatan Abu Bakar tersebut.

Dapat disebut sebagai puncak tazkiyyah adalah apa yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim ketika beliau siap melaksanakan perintah Allah menyembelih puteranya, Isma'il, karena posisi Isma'il bagi Ibrahim adalah harta yang tak ternilai, melebihi nilai seluruh hartanya.

Sebagaimana halnya kodrat kita di hadapan kekuasaan Allah, kita tidak bisa menjamin keberhasilan usahanya melakukan tazkiyyah, sebagaimana Rasul juga tidak bisa menjamin keberhasilan usahanya berdakwah sampai-sampai pamannya sendiri tidak beriman seperti yang disebut dalam surat al Qasas/28 : 56.

Dalam hal ini Al Qur'an disamping memuji orang yang berusaha melakukan tazkiyah juga menyebut tentang adanya hak otonomi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Surat anNur 21 dan anNisa/5: 49 menyebutkan bahwa Allah mensucikan jiwa dari orang-orangyang dikehendaki Nya.

Tuesday, December 7, 2010

Hijrah, lakukan tiga perkara untuk selamat

Ahmad Baei Jaafar

Hijrah secara fizikal sudah berlalu, malah Rasulullah tidak galakkan lagi umat Islam berhijrah. Kita tidak perlu lagi berhijrah ke kampung lain, selagi kampung itu baik dan aman. Selagi penduduknya tidak menghalau kita keluar, selama itulah kita perlu tinggal dalam kampung itu apatah lagi kampung itu sudah menjadi milik kita.

Tetapi hijrah dalam bentuk sikap perlu dilakukan secara tertib dan bersistematik. Jadi, marilah kita berhijrah ke arah itu demi menjaga iman. Rasulullah ketika ditanya seorang penduduk Sham, apakah iman yang paling afdal? Baginda bersabda, hijrah. Dia bertanya lagi, apa itu hijrah? Baginda menjawab, kamu meninggalkan kerja dosa.

Dalam hadis yang sama, dikatakan terdapat pelbagai jawapan kepada persoalan apakah hijrah yang paling afdal. Antaranya ialah:

1- Hendaklah kamu meninggalkan apa yang diharamkan ke atas kamu,

2- meninggalkan apa yang tuhan kamu benci.

3- Dan akhirnya ingatlah Allah banyak-banyak.

Untuk melakukan hijrah ini, seseorang itu perlu kepada jihad melawan nafsu. Di manapun anda berada, hijrah ini perlu dilakukan dan jihad ini tidak pernah terhenti apatah lagi nafsu memang sentiasa berada dalam diri kita.

Mari kita tanya diri sendiri, sudahkah kita meninggalkan apa yang diharamkan oleh Allah? Kalau anda masih bergelumang dengan dosa dan melakukan perkara haram, maka jelaslah anda masih tidak berhijrah. Begitu juga kalau anda sudah boleh meninggalkan apa yang dibenci oleh Allah, maka ketika itu sudah boleh dikatakan sudah berhijrah. Tetapi kalau belum, jelaslah dia belum berhijrah.

Ingat Allah banyak-banyak bukan merujuk kepada zikir, tahmid, dan hamdalah. Ingat Allah bukan sekadar menyebut subhanallah dll. Tetapi ingat kepada Allah merujuk kepada kerja hati dan tindakan. Ingat kepada Allah mendorong kita melakukan sesuatu dengan tekun dan sabar.

Jadi, buktikan anda semua sudah berhijrah dengan banyak zikir atau ingatkan Allah banyak-banyak. Orang yang banyak ingat Allah tidak akan melakukan dosa biasa. Mereka yang ingat Allah itulah tanda sudah berhijrah.
-
Dicatat Oleh Blogger ke Fikrah Islamiah

Monday, December 6, 2010

Kaya yang berkat


Mana yang lebih penting ? Kekayaan mudah dari hasil kerja yang haram atau kesenangan yang sedikit tetapi berkat? Bila hanya berfikir mendapatkan dan mengumpulkan wang semata maka memilih kaya dengan cara apapun. Namun apabila yang digunakan adalah kehalalan, wang yang diterima bersumber pada yang benar dan diredhai oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka pilihlah keberkatan.


Di zaman seperti sekarang ini, ada orang mengatakan ‘Mencari yang haram pun susah, apalagi mencari yang halal’ sehingga mencarinya dengan segala cara, mengejar material yang penting dapat. Sebab itu rasuah,judi,rompak terus berlaku tidak kira pangkat kedudukan.

Yang penting, kaya, mengabaikan yang halal dan haram seolah menjadi lumrah kerana kita mahu kelihatan kaya di sisi manusia kerana manusia menilai kejayaan seseorang dari kekayaannya bukan keimanannya.

Namun apabila kita amati , harta yang banyak bererti kemudahan, kesenangan, menghadirkan kegembiraan yang sebenarnya memberi derita kerana didapatkan dari sumber yang haram. Demikian juga yang harta yang sedikit, susah, tidak menyenangkan ternyata akhirnya membahagiakan kerana didapati dari sumber yang halal.
Sebab itu, orang sering berkata wang dari hasil yang tidak berkat tidak tahan lama, mudah habis dengan sekelip mata berbanding dengan wang dari hasil yang berkat walau pun sedikit.

‘Akan datang suatu zaman manusia dimana cita-cita mereka untuk kepentingan perut mereka, kemuliaan mereka dilihat dari perhiasan mereka, kiblat mereka adalah perempuan yang molek dan agama mereka adalah wang dan harta benda, mereka itulah seburuk-buruknya generasi. Dan tidak ada kebaikan disisi Allah.’ (Hadis riwayat ad-Dailami).

Kekayaan tidak menjamin hidup kita bahagia, sebagaimana kemiskinan bukan jaminan hidup kita derita. Alangkah indahnya bila kita menjadi orang kaya yang diberkati kerana kekayaan yang membawa keberkatan menghadirkan segala kebaikan, menghapus kegelisahan, menghilangkan putus asa, menambah peluang dan mengukuhkan iman dan taqwa kita kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sahabat, mari kita sama-sama berdoa memohon kepada Allah agar berkenan melimpahkan rezeki yang halal dan membawa keberkatan kepada kita dan keluarga kita dan dijauhkan dari yang haram.

‘Ya Allah, curahkanlah keberkatan dari apa-apa yang telah Engkau berikan rezeki kepada kami dan jauhkanlah kami dari siksa api neraka.’ (HR. Ibnu As-Sani).

Sunday, December 5, 2010

Kehebatan Azan

Photobucket
Segeralah solat sesudah azan selagi keadaan kita sihat, kerana kematian datang pada bila-bila masa sahaja.
Azan adalah media luar biasa untuk mengumandangkan tauhid terhadap Maha yang Maha Kuasa dan risalah (kenabian) Nabi Muhammad saw. Azan juga merupakan panggilan solat kepada umat Islam, yang terus bergema di seluruh dunia lima kali setiap hari.
Betapa mengkagumkan suara azan itu, dan bagi umat Islam di seluruh dunia, azan merupakan sebuah fakta.

1 . Penyatu Umat Islam:
Azan menemukan momentum sebagai penyeru dengan “kekuatan supernatural” yang sangat dahsyat. Ketika azan berkumandang, kaum muslimin bergegas meninggalkan seluruh aktiviti duniawi dan bersegera menuju masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Dalam konteks demikian, azan adalah penyatu umat. Simpul-simpul kesedaran psiko-religious mereka bergetaran, berhubung secara simulasi, dan dengan total kesedaran seorang hamba (abdi) mereka bersimpuh, luruh dalam kesyahduan ibadah solat berjemaah.
Islam itu banyak mahzab. . dan disetiap mahzab itu pasti berbeza pula pandangan cara mengerjakan solat / bacaannya . apalagi pemeluk agama islam jumlahnya sangat ramai 1/4 dari jumlah populasi dunia dan umat yang memiliki bahasa berbeza . Namun tak ada perbezaan dalam mengumandangkan azan!
2. Sejarah Azan:
Pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.
Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat
Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.
Adalah Abdullah bin Zaid yang bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang. Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaid kepada Rasulullah SAW.
Umar bin Khathab yang sedang berada di rumah mendengar suara itu. Dia langsung keluar sambil menarik jubahnya dan berkata: ”Demi Tuhan Yang mengutusmu dengan Hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang ia lihat (di dalam mimpi). Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.”
yang kemudian Rasulullah menyetujuinya untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu untuk menyerukan panggilan solat.
Azan PERTAMA di kumandangkan Oleh Bilal Bin Rabah, sehingga kini orang yang mengumandangkan azan apabila masuk waktu digelar bilal.
Photobucket
*Gambar hiasan
3. Azan semasa peristiwa penting:
Photobucket
Azan Digunakan islam untuk memanggil Umat untuk melaksanakan solat..
Selain itu adzan juga dikumandangkan semasa perkara penting..ketika lahirnya seorang bayi , ketika musibah seperti kebakaran, puting beliung, tsunami dsb dan ketika peristiwa besar seperti hendak berperang dan meraikan kemenangan.
Contoh peristiwa besar yang dimaksud adalah
* Fathu Makah : Pembebasan Mekkah merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630 iaitu pada tanggal 10 Ramadan 8 Hijrah, dimana Muhammad beserta 10,000 pasukan bergerak dari Madinah menuju Mekkah, dan kemudian menguasai Mekkah secara keseluruhan, sekaligus menghancurkan berhala yang ditempatkan di dalam dan sekitar Ka’bah. Lalu Bilal mengumandangkan azan di atas Ka’bah
Kesinambungan Azan di setiap pelusuk bumi
Seperti entri di blog isuhangat lama, http://isuhangat.blogspot.com/2008/10/azan-24-jam-di-seluruh-dunia.html
Dunia ini mempunyai perbezaan waktu antara satu tempat dengan tempat yang lainnya . . .
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.
Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Seiring dengan pergantian siang dan malam . . .
Insya Allah gema Azan akan selalu mengawal dunia ini . .sampai akhir zaman . . .

Thursday, December 2, 2010

Bersyukur Kerana...


Bersyukur kepada isteri yang memasak untukku malam ini
Kerana ertinya…isteriku di rumah malam ini, tidak bersama orang lain

Bersyukur kepada suami yang sedang bermalas-malasan di atas sofa sambil melayan internet.
Kerana ertinya…dia tidak melepak di kedai kopi bersama kawan-kawan

Bersyukur untuk anakku yang selalu bising di rumah
Kerana ertinya…dia tidak melepak di luar bersama kawan-kawannya yang ntah sapa-sapa.

Bersyukur untuk baju aku yang mula rasa sempit
Kerana ertinya…aku lebih dari cukup makan

Bersyukur kerana bayang-bayang yang mengikuti aku
Kerana ertinya… aku masih merasakan kehangatan mentari…

Bersyukur kerana rumahku yang berselerak dan ada yang perlu diperbetulkan
Kerana ertinya…aku mempunyai rumah!

Bersyukur kerana mendapat tempat parking kereta yang paling jauh
Kerana ertinya…aku masih boleh berjalan dan aku mempunyai kereta!

Bersyukur kerana budak lelaki yang memekak bermain gitar dan menyanyi dengan sumbang
Kerana ertinya…aku masih mampu mendengar!

Bersyukur kerana perlu membasuh baju
Kerana ertinya…kita mempunyai baju untuk dipakai

Bersyukur kerana kepenatan kerja setiap hari
Kerana ertinya…aku mampu bekerja keras setiap hari..

Bersyukur kerana mendengar bunyi jam yang menggangu tidurku setiap pagi
Kerana ertinya…aku masih hidup!

Wednesday, December 1, 2010

ETIKA ORANG YANG TERLIBAT DENGAN URUSAN PERTUKARAN HARTA (MUAMALAT)

Oleh : AKHISALMAN

Jujur dan Amanah (akhlak yang baik)

Nabi saw bersabda: “ Peniaga yang Jujur dan Amanah bersama para Nabi, orang-orang Siddiq dan orang-orang syahid.” Hr Tirmizi.

Tidak ada penipuan (gisy) pada harga dan barang (sembunyikan aib).

Tidak melalaikan dari ibadah.

Firman Allah: ayat 37 surah an-Nur(24).

Bermuamalat dalam barang yang halal

Firman Allah “Dan Rasul menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang keji.” 157 surah al-A’raf

Menunaikan Hak

Firman Allah “ Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu menunaikan akad-akad” (ayat 1 surah al-Maidah). Sama ada hak manusia seperti hutang, bayar upah, serah barang dan sebagainya atau hak Allah seperti zakat (ayat 34, 35 surah at-Taubah).

Menjauhi riba

Allah mengisytihar perang kepada pemakan riba dalam ayat 278 surah Al-Baqarah. Ia ada dalam peminjaman, pertukaran, pelaburan dan sebagainya.

Tidak memakan harta manusia dengan cara haram

Ia jelas dalm firman tuhan dalam ayat 29 surah an-Nisa. Ia seumpama penipuan (gisy), Ketidakpastian (gharar), penyebab naik harga (najasy), Jual atas jual dan monopoli.

Tidak memudaratkan manusia lain

Firman Allah ayat satu surah al-Mutaffifin.

Belajar hukum muamalat

Umar berkata: “ Tidak ada yang berurusan di pasar kami dan tidak mendalami ilmu agama kecuali dia akan memakan harta riba sama ada senghaja ataupun tidak.”
Related Posts with Thumbnails